Sunday, September 6, 2009

MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH





GAMBAR PERASMIAN MASJID

Di kampung Kuala Dal ada sebuah masjid yang sangat cantik dan unik. Namanya ialah MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH. Masjid ini telah dibina pada tahun 1936, kira2 73 tahun yang lalu. Difahamkan pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 8,000. Perasmiaannya telah disempurnaka oleh DYMM Sultan Iskandar Shah. Masjid ini dinamakan sempena nama baginda. Masjid EHSANIAH ISKANDARIAH mempunyai banyak persamaannya dengan Istana Kuning di Bukit Chandan.

Oleh kerana kedudukan Kampung Kuala Dal terletak di pertengahan jalan antara Ipoh dan Pulau Pinang, MASJID UNIK ini menjadi satu tarikan pelancungan. Pada tahun2 60an dan 70an dulu , saya lihat ramai pelancong orang putih datang ke masjid ini dan mengambil gambar. (untuk makluman rumah saya terletak di hadapan masjid itu). Terliur juga kita pada masa itu hendak bergambar...maklumlah mana ada orang kampung memiliki kamera...Tak berani pergi dekat orang putih tu...Jakun jugalah saya masa itu.





MENUNGGU ROBOH SENDIRI




Seronok menengokkan orang putih yang datang dengan "mem"-nya. Ada yang datang dengan motorkar tidak ada bumbung. Yang paling saya minat itu, apabila pasangan orang putih yang datang menaiki motorsikal yang ada "side-car" atau tempat duduk di sisi. Wah! Bukan main lagi cantiknya "mem" orang putih tu dengan topi besar dan cermin mata hitamnya.....alahai.... Tak tahu pula kenapa saya berminat sangat dengan orang putih ni dari kecil hingga remaja.



Berbalik cerita MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH tadi. Bangunannya dua tingkat dan berbentuk empat segi panjang. Masjid ini tidak mempunyai kubah seperti kebiasaan masjid. Ia juga tidak ada "minaret" . Sebaliknya di setiap bucu masjid itu terdapat ruang 4 segi seolah2 menggantikan "minaret". Keunikan masjid ini ialah dindingnya diperbuat daripada anyaman bilah2 buluh atau dipangil tepas, yang dianyam rapi. TEPAS ialah kerja tangan Melayu Perak yang sangat terkenal. Ianya dianyam berbentuk diamond ( geometric diamond-shaped design). Anyaman ini dibuat oleh tukang anak kampung Kuala Dal sendiri. Menurut mak saya mereka tu ialah Panjang Noh, Kulup Ngah dan Ngah Godoh. Anak cucu mereka ini masih ada di kampung ini...

Tingkat atas ditempatkan dewan solat. Saya masih ingat lagi "KERANTONG" yang digantungkan di tepi tingkap. Kerantong dibuat dari sebatang kayu dan ditebuk tengahnya. Ada kayu pengetok yang di simpan di dalam lubang kerantong itu. (Nanti kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan kisah kerantong ini).

Manakala di tingkat bawah masjid ini digunakan sebagai dewan serbaguna. Di sinilah diadakan majlis berbuka puasa . Disamping itu di sini juga berlangsungnya kelas agama, kelas dewasa, kelas kemas dan juga mesyuarat. Tidak ketinggalan juga menjadi tempat budak2 bermain dan curi2 buka puasa. (Ada kesempatan akan dicerita kemudian nanti).
MASJID - DIPERINGKAT AKHIR PEMULIHARAAN

Masjid ini mula ditinggalkan apabila sebuah masjid baru yang lebih besar dan moden di bina bersebelahan dengannya pada tahun 1976. Semakin hari masjid yang cantik itu terbiar dan reput. Mujurlah pada Disember 2008, pihak KeKkwa telah menyelamatkan warisan ini. TERIMA KASIH BANYAK.
BELUM SIAP SEPENUHNYA JALUR GEMILANG TETAP BERKIBAR

DI HADAPAN MASJID INI.

Sepatutnya projek ini siap Julai lalu tetapi sekarang masih lagi diperingkat akhir. Difahamkan pihak kontraktor sukar mendapatkan bekalan buluh tempatan. Dengarnya bekalan buluh diambil daripada negei Perlis. Disamping masalah mencari tukang untuk mengayam KELARAI tersebut. Akhirnya KELARAI ini berjaya juga diusahakan dengan mendapatkan perkhidmatan orang Asli pada awalnya. Selepas itu semua KELARAI dibuat di Perlis. InsyaAllah masjid ini akan diserah pada lepas Hari Raya Aidil Fitri nanti (mungkin September 2009). Semoga anak cucu kita masih lagi berkesempatan melihat da menikmati warisan budaya dan sejarah datuk-moyangnya.

5 comments:

  1. Salam,
    A very unique looking mosque, the first of its kind I've seen. Thank you for showing it in your blog.

    ReplyDelete
  2. Wslm, I agree. It's priceless heritage. You can come over and take photo's as well.

    ReplyDelete
  3. Salam. Congratulations and welcome to CSKK. I heard a lot about u and i'm looking forward to work under ur supervission. Being honest, i have a mix feeling, panic and excited. But most, i feel great coz i have a chance to work with my teacher. See u again!(",)

    ReplyDelete
  4. Wslm, thanks for surfing my blog. You must be my ex-student from SMBM, Is it?. It's normal to feel that way. Ya! nothing to worry about...See you later.. after the Hari Raya holiday. Bye

    ReplyDelete