Monday, August 31, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-52


Sambutan ulang tahun kemerdekaan hari, nampak sangat TIDAK DIPAMERKAN SEMANGAT YANG MEMBUAK-BUAK LAGI KENTAL. Betul ke begitu? MUNGKIN DI TEMPAT SAYA SAHAJA KOT SEDANGKAN DI TEMPAT LAIN BERLANGSUNG DENGAN MERIAH . Ini cuma pandangan saya sahaja yer...

Tidak kelihatan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumbung-bumbung kereta. Kalau ada pun satu dua buah sahaja, itupun bukan dibawa oleh jenis kereta mewah. Di rumah-rumah kediaman yang mengibarkannya juga boleh dibilang dengan jari sahaja. Mungkin ada banyak faktor yang menyumbang kepada situasi yang suram dan tidak bersemangat ini.

Tidak mungkin Pandemik Influenza A H1N1 yang melanda negara kita mennyebabkan bendera pun takut hendak berkibar , takut berjangkit yer...Atau masing-masing hendak menunggu bendera yang diberikan secara percuma , barulah dipasang? Atau secara kebetulan pula sambutan ulangtahun kemerdekaan berlangsung di dalam bulan puasa dan cuti sekolah. Kedua-duanya menambahkan kelesuan semangat anak-anak merdeka untuk meraikannya.

Bab mengibarkan bendera di kereta ni, saya memasangnya setiap tahun. Cuma tahun ini saya tidak lagi memasangnya di kereta. saya rasa terkilan apabila meletakkan bendera itu di cermin kereta, pelekatnya tidak kuat. Dengan mudahnya bendera tercabut dan melayang jatuh ke atas jalan raya yang akhirnya dilanggar oleh kenderaan lain. Jadi sedih juga melihat Jalur Gemilang itu sepatutnya berkibar megah tetapi sudah di gilis pula oleh lalu-lintas....Cuba bayangkan jumlah lalulintas di lebuhraya yang melanggarnya... DI MANAKAH MARTABAT JALUR GEMILANG itu.

Bab mengibarkan bendera di rumah pula adalah perkara yang mesti dilakukan setiap kali ulang tahun kemerdekaan. Siapakah yang paling seronok menebang batang buluh untuk dibuat tiang bendera itu? Sudah tentulah bonda saya Hjh Rahmah yang telah berusia 96 tahun itu. Saya tabik spriiiing!!!kepada beliau. Beliau dibantu oleh cucunya.

Beberapa tahun yang lalu Bendera Jalur Gemilang dipasang seminggu sebelum 31 Ogos. Benderanya berkibar tinggi dengan megahnya di hadapan rumah sebab buluhnya tinggi. Tetapi tahun ini sehingga pagi tadi bendera masih belum dipasang lagi.

Semangat kemerdekaan orang tua seperti mak saya memang kuat. Dalam usianya 96 tahun itu beliau memasangnya juga pagi tadi. Tiangnya pun rendah jer sebab mak saya sudah tidak larat untuk menebang buluh lagi seperti tahun-tahun terdahulu.Lagi pula dah lambat, jadi pakai sahaja galah yang ada di rumah..

Adakah ini juga menunjukkan semangat kemerdekaan sudah semakin luntur dikalangan orang muda? Kita boleh fikirkan bersama yer tak... samaada betul atau itu cuma perasaan saya sahaja.

SUPERNATURAL POWER

Supernatural Power

There was this case in this hospital's Intensive Care ward where patients always died in the same bed on Friday mornings around 9am regardless of their age, gender, medical history or medical condition.

This puzzled the doctors and some even thought that it had to do with the supernatural: Why did death occur at that same bed around the same time every Friday?

So the doctors decided to go down to that particular ward to investigate the cause of the deaths.

Come Friday morning, everyone at the hospital ward nervously waited for the terrible phenomenon to occur again. The new (unknowing) patient laid there.

Some doctors held wooden crosses, prayer books and other holy objects to ward off evil...and they waited.


8am, the patient was still alive...
8.30am...still breathing...

Just before the 'cursed' time, the door to the ward swung open...

Then At Exact 9.00 Am, the part-time Friday cleaner, comes in and unplugs the life support system so that she can use the vacuum cleaner!

SOURCE:FOUND FROM INTERNET.

Sunday, August 30, 2009

PELANCONGAN

Lama dah, dalam bulan Disember 2004, saya dan suami berkesempatan melancung ke Iran. Hanya sempat melawat di sekitar Teheran sahaja, sebelum kita meneruskan perjalanan ke Istanbul, Turkey. Sempat juga melawat istana Shah Iran yang begitu cantik dan dibuat daripada "cut glass". Sungguh cantik, memancar-mancar cahayanya. Terfikir adakah begini indahnya nanti kediaman kita di Syurga nanti. Disamping itu, saya juga melawat ke kediaman Ayotullah Khomeni.Kediaman kedua-dua pemimpin itu sangat jauh berbeza,(nak cari gambar lama tu ler..)

Tidak sangka pula ada "CAVE DWELLERS" diIran yang inggal di dalam rumah-rumah yang dibina di dalam gua atau gunung. Kalau tidak mestilah awal-awal lagi kita minta agensi pelancungan tu masukkan ke dalam pakej perlancungan . Best juga yer kalau dapat melihat sendiri perkampungan ini.
Agaknya mereka suka tinggal di rumah sebegini kerana pengaruh cuaca kot... Secara semulajadi suhu jadi lebih panas dalam musim dingin dan suhunya jadi lebih sejuk pula dalam musim panas.

Troglodyte village in Iran
In the north east of Iran at the foot of Mount Sahand in Kandovan, the villagers live in cave homes carved out from the volcanic rock.
The age of some houses is more than 700 years.
Very impressive.







KEBESARAN ILLAHI (3)

TAKE A LOT OF VEGETABLES. THEY ARE GOOD FOR YOUR HEALTH, NO MATTER WHAT SHAPES THEY LOOKED LIKE.

ABORTED FEOTUS


SIAMESE TWIN


A SCARY TEDDY BEAR


ELEPHANTIASIS FOOT


EVIL FACED PORSNIP

ELEPHANTIASIS HAND

Saturday, August 29, 2009

LOVE AND DEDICATION

These pictures are amazing.
















HUMMING BIRD LANE
This is something I have never seen before, or ever even heard of. This woman lives in a Hummingbird fly zone. As they migrated, about 20 of them were in her yard. She took the little red dish, filled it with sugar water and this is the result. The woman is Abagail Alfano of Pine, Louisiana - she has been studying them daily and one morning put the cup from the feeder, with water in it, in her hand; as they had gotten used to her standing by the feeder they came over to her hand. She says in touching they are as light as a feather. Abagail also said, 'if she had known her husband was taking pictures she would have put on makeup.'

Pretty neat, huh?

So the morale of the illustrations above are :-
Love knows no boundaries. The patience and creativeness shown by Madam Abagail Alfano to lure the birds into her palms should be emulated in our daily life.

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan 1430H


Pengajaran SATU hari ini,

Saya sangat jarang pergi ke Pasar Ramadhan. Semua makanan berbuka puasa dan bersahur semuanya "HOME COOKING" . Selain rasanya yang memenuhi citarasa sendiri, ianya terjamin kebersihan dan khasiatnya. Tahun ni, baru 4 hari berpuasa dah terpaksa pergi membeli lauk pauk & kuih-muih. Pertama, mak saya hendakkan kuih-kuih yang manis. Kedua pembantu rumah sakit pinggang pula (jadi dia cuti ler hari ini) dan ketiga saya pulak tak sempat , tak bercuti hari ni.


Sebelum membeli juadah berbuka puasa , saya membuat catatan MAKANAN apa yang perlu dibeli terlebih dahulu. Saya dapati saya berjaya mengawal nafsu dengan membeli apa yang di catat sahaja. Bila berbuka puasa tadi..., Alhamdulillah tidak berlaku pembaziran.


Pengaran DUA hari ini,

Saya sampai ke Pasar Ramadhan di Arena Square tu adalah lebih kurang jam 4.30 petang. Orang memang sedia ramai hendak membeli sahaja juadah dan lauk pauk. Lepas waktu pejabat, jam 5.00 ptg bertambah ramailah lagi pengunjung yang datang. Bila saya perhatikan keliling "hai! ... aku sorang jer ke yang pakai toping muka... kan ke H1N1 masih lagi menggila di Malaysia ni". Penjaja2 di Pasar Ramadhan itu pun tidak ada yang memakai topeng muka.
Nampaknya orang ramai tidak kisah pun tentang selsema babi ni,,lebih takut apabila saya melihat seorang penjaja tu senang hati jer menghembus hidungnya pada sehelai tuala... tak tau ler.... dia tu selsema ke atau tidak. Berita hari ini meyatakan seorang guru meninggal dunia kerana H1N1.
Masa keluar dari Pasar Ramadhan tu, barulah saya terserempak dengan 3 orang misi pelatih yang memakai toping muka sedang membeli belah. Jadi termasuk saya sendiri baru ada 4 orang yang memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak penyakit yang boleh membawa maut itu. Bukankah mencegah sesuatu penyakit itu lebih baik dari mengubatinya. Mudah2an Allah melindungi kita semua.


Monday, August 24, 2009

TETAMU YANG TIDAK DISANGKA PADA 3 RAMADHAN


USTAZ IDRIS - KAMPUNG JENALIK.

Jam 5.30 petang, tidak diduga saya menerima seorang tetamu yang sangat istimewa.

USTAZ IDRIS yang pernah mengajar saya Mata pelajaran Agama Islam di tingkatan 4 dan 5 di sekolah GEGS pada tahun 1971 & 1972 dulu bertandang ke rumah. Sekarang umurnya menjangkau 72 tahun dan telah bersara selama 16 tahun. Bertuah rasanya kerana menerima kunjungan seorang guru agamaku sendiri.


Lepas tingkatan 5 tu , lama juga saya tak jumpa ustaz ni, maklumlah saya masuk universiti dan bila keluar mengajar di Ipoh dan Sitiawan. Pada tahun 1985 saya balik hometown. Tup...tup...berjumpa semula dengan USTAZ IDRIS mengajar di sekolah yang sama (SMBM). Maknanya dulu saya jadi anak murid beliau tetapi sekarang dah jadi rakan sejawat pula.


Lama juga jadi rakan sejawat tu hampir 10 tahun. Apa lagi ......Ustaz nilah jadi tempat saya mengadu hal .......bila rasa kecewa dengan kerenah kehidupan yang berbagai-bagai. Banyak ilmu yang dikongsikan . Tambahan masa tu saya muda sangat, dada masih banyak kosong lagi.....Memang seronok berkawan dengan beliau, boleh berlawak dan dia sangat suka nyakat saya. Kadang-kadang bilik guru tu rasa kami berdua yang punya, riuh rendah. Banyak lagi yang mungkin dapat diceritakan kemudian nanti....


Rupa-rupanya USTAZ IDRIS nak minta bantuan saya menjadi saksi kepada perjanjian biasiswa puterinya yang memasuki Maktab Perguruan . Susah jugalah orang kampung nak mencari pegawai kerajaan division A yang layak untuk urusan sebegitu. Itu agaknya dia mencari saya.


Alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini dapatlah juga saya berbakti dan membalas jasa guru saya yang tidak dapat saya nilaikan dengan wang ringgit itu.


Apa lagi berborak panjanglah kami anak beranak. Macam-macam nostalgia yang disembangkan. Di samping mengupas isu-isu semasa. Wah! Masih kuat lagi ingatan Ustaz ni. Beliau masih mengajar di sekitar daerahnya. Alhamdulillah.


Syukran Jazilan Ya Ustaz...


Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK*
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN MENDAPAT MAKAM YANG PALING TINGGI. AMIN....
kepada yang mengenali saya,
DI SINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN SAYA (JIKA ADA) YANG DISENGAJAKAN ATAU TIDAK...
dan hayati lirik lagu ini:-
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Saba
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah...
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku...
Ku Tempuh Jua

Monday, August 17, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN

ISNIN ( 17 OGOS 2009) : 9: 45 PM

Semua orang tahu peperiksaan PMR dan SPM sudah terlalu dekat. Anak-anak kita di sekolah belum rasa nak demam peperiksaan lagi. Pengetua dan semua guru-guru yang dah demam...melihatkan keputusan pra-percubaan dan percubaan PMR serta SPM.

JANGAN PANIK.....

SEBALIKNYA ....KITA CIKGU-CIKGU SEMUA ...SEMANGAT MESTI TINGGI DAN KENTAL.
BUATLAH PROGRAM /AKTIVITI PECUTAN AKHIR ( MASIH ADA MASA 6 - 10 MINGGU LAGI).
SELAIN DARI PROGRAM SEDIA ADA.

TULISLAH APA YANG KITA BOLEH BUAT DALAM MASA TERDEKAT INI DARI HATI KITA,
HASILNYA LUMAYAN KERANA APA YANG DIZAHIRKAN DARIPADA HATI SANGAT TULUS DAN IKLAS.

Hayati 2 rangkap pantun ini:-

TELUK SUNDA PADAT PERAHU,
BERDAGANG LADA DI PANTAI LANDAI,
BERTANYA KEPADA YANG TAHU,
BELAJAR DARIPADA YANG PANDAI.

KAIN KASA PANJANG DELAPAN,
BUAT LANGSIR DIPOTONG SERONG,
KALAU SEMUA SAMA MENDAYUNG SAMPAN,
HALUAN DITUJU TIDAK AKAN TERPESONG.

Di akhirnya pertemuan kali ini saya turunkan "Persian Proverb" ini,

Thinking well is wise,
Planning well is wiser,
Doing well, is the wisest and best of all.

Selamat Malam.

Saturday, August 15, 2009

KEBESARAN ILAHI (SAMBUNGAN)

LIHATLAH KAWASAN KAABAH DAN MASJIDIL HARAM SEPERTI BINTANG BERCAHAYA DARI ATAS SANA... SEDANGKAN KAWASAN DI SEKELILINGNYA LEBIH GELAP. ADUH !!!!



Thursday, August 13, 2009

KEPADA SELURUH WARGA SMK STA,
SELAMAT MENJALANKAN SHOLAT HAJAT
DAN
BACAAN YASSIIN ESOK.
KITA SAMA2 MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT
DARI SEMUA MARA BAHAYA, MALA PETAKA
DAN
HIDUP DI DALAM KEBAJIKAN
AMIN.

FROZEN CHERRY





















KEBESARAN ILAHI

JANGAN RUNSING FASAL H1N1 ..... JOM KITA HAYATI KEBESARAN ILAHI.....

How great that works of GOD!!!
Transparent Butterfly (Absolutely gorgeous photos!)
It comes from Central America and is found from Mexico to Panama . It is quite common in its zone, but it not easy to find because of its transparent wings, which is a natural camouflage mechanism. A butterfly with transparent wings is rare and beautiful. As delicate as finely blown glass, the presence of this rare tropical gem is used by rain forest ecologists as an indication of high habitat quality and its demise alerts them of ecological change. Rivaling the refined beauty of a stained glass window, the translucent wings of the Glasswing butterfly shimmer in the sunlight like polished panes of turquoise, orange, green, and red. All things beautiful do not have to be full of color to be noticed: in life that which is unnoticed has the most power.


















Tuesday, August 11, 2009

POSTING PERTAMA





Selamat Datang ke blog saya. Saya mengalukan pelawat ke blog ini. Baru cuba jadi blogger. Terima Kasih