Monday, August 31, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-52


Sambutan ulang tahun kemerdekaan hari, nampak sangat TIDAK DIPAMERKAN SEMANGAT YANG MEMBUAK-BUAK LAGI KENTAL. Betul ke begitu? MUNGKIN DI TEMPAT SAYA SAHAJA KOT SEDANGKAN DI TEMPAT LAIN BERLANGSUNG DENGAN MERIAH . Ini cuma pandangan saya sahaja yer...

Tidak kelihatan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumbung-bumbung kereta. Kalau ada pun satu dua buah sahaja, itupun bukan dibawa oleh jenis kereta mewah. Di rumah-rumah kediaman yang mengibarkannya juga boleh dibilang dengan jari sahaja. Mungkin ada banyak faktor yang menyumbang kepada situasi yang suram dan tidak bersemangat ini.

Tidak mungkin Pandemik Influenza A H1N1 yang melanda negara kita mennyebabkan bendera pun takut hendak berkibar , takut berjangkit yer...Atau masing-masing hendak menunggu bendera yang diberikan secara percuma , barulah dipasang? Atau secara kebetulan pula sambutan ulangtahun kemerdekaan berlangsung di dalam bulan puasa dan cuti sekolah. Kedua-duanya menambahkan kelesuan semangat anak-anak merdeka untuk meraikannya.

Bab mengibarkan bendera di kereta ni, saya memasangnya setiap tahun. Cuma tahun ini saya tidak lagi memasangnya di kereta. saya rasa terkilan apabila meletakkan bendera itu di cermin kereta, pelekatnya tidak kuat. Dengan mudahnya bendera tercabut dan melayang jatuh ke atas jalan raya yang akhirnya dilanggar oleh kenderaan lain. Jadi sedih juga melihat Jalur Gemilang itu sepatutnya berkibar megah tetapi sudah di gilis pula oleh lalu-lintas....Cuba bayangkan jumlah lalulintas di lebuhraya yang melanggarnya... DI MANAKAH MARTABAT JALUR GEMILANG itu.

Bab mengibarkan bendera di rumah pula adalah perkara yang mesti dilakukan setiap kali ulang tahun kemerdekaan. Siapakah yang paling seronok menebang batang buluh untuk dibuat tiang bendera itu? Sudah tentulah bonda saya Hjh Rahmah yang telah berusia 96 tahun itu. Saya tabik spriiiing!!!kepada beliau. Beliau dibantu oleh cucunya.

Beberapa tahun yang lalu Bendera Jalur Gemilang dipasang seminggu sebelum 31 Ogos. Benderanya berkibar tinggi dengan megahnya di hadapan rumah sebab buluhnya tinggi. Tetapi tahun ini sehingga pagi tadi bendera masih belum dipasang lagi.

Semangat kemerdekaan orang tua seperti mak saya memang kuat. Dalam usianya 96 tahun itu beliau memasangnya juga pagi tadi. Tiangnya pun rendah jer sebab mak saya sudah tidak larat untuk menebang buluh lagi seperti tahun-tahun terdahulu.Lagi pula dah lambat, jadi pakai sahaja galah yang ada di rumah..

Adakah ini juga menunjukkan semangat kemerdekaan sudah semakin luntur dikalangan orang muda? Kita boleh fikirkan bersama yer tak... samaada betul atau itu cuma perasaan saya sahaja.

No comments:

Post a Comment