Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan 1430H


Pengajaran SATU hari ini,

Saya sangat jarang pergi ke Pasar Ramadhan. Semua makanan berbuka puasa dan bersahur semuanya "HOME COOKING" . Selain rasanya yang memenuhi citarasa sendiri, ianya terjamin kebersihan dan khasiatnya. Tahun ni, baru 4 hari berpuasa dah terpaksa pergi membeli lauk pauk & kuih-muih. Pertama, mak saya hendakkan kuih-kuih yang manis. Kedua pembantu rumah sakit pinggang pula (jadi dia cuti ler hari ini) dan ketiga saya pulak tak sempat , tak bercuti hari ni.


Sebelum membeli juadah berbuka puasa , saya membuat catatan MAKANAN apa yang perlu dibeli terlebih dahulu. Saya dapati saya berjaya mengawal nafsu dengan membeli apa yang di catat sahaja. Bila berbuka puasa tadi..., Alhamdulillah tidak berlaku pembaziran.


Pengaran DUA hari ini,

Saya sampai ke Pasar Ramadhan di Arena Square tu adalah lebih kurang jam 4.30 petang. Orang memang sedia ramai hendak membeli sahaja juadah dan lauk pauk. Lepas waktu pejabat, jam 5.00 ptg bertambah ramailah lagi pengunjung yang datang. Bila saya perhatikan keliling "hai! ... aku sorang jer ke yang pakai toping muka... kan ke H1N1 masih lagi menggila di Malaysia ni". Penjaja2 di Pasar Ramadhan itu pun tidak ada yang memakai topeng muka.
Nampaknya orang ramai tidak kisah pun tentang selsema babi ni,,lebih takut apabila saya melihat seorang penjaja tu senang hati jer menghembus hidungnya pada sehelai tuala... tak tau ler.... dia tu selsema ke atau tidak. Berita hari ini meyatakan seorang guru meninggal dunia kerana H1N1.
Masa keluar dari Pasar Ramadhan tu, barulah saya terserempak dengan 3 orang misi pelatih yang memakai toping muka sedang membeli belah. Jadi termasuk saya sendiri baru ada 4 orang yang memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak penyakit yang boleh membawa maut itu. Bukankah mencegah sesuatu penyakit itu lebih baik dari mengubatinya. Mudah2an Allah melindungi kita semua.


No comments:

Post a Comment