Monday, August 24, 2009

TETAMU YANG TIDAK DISANGKA PADA 3 RAMADHAN


USTAZ IDRIS - KAMPUNG JENALIK.

Jam 5.30 petang, tidak diduga saya menerima seorang tetamu yang sangat istimewa.

USTAZ IDRIS yang pernah mengajar saya Mata pelajaran Agama Islam di tingkatan 4 dan 5 di sekolah GEGS pada tahun 1971 & 1972 dulu bertandang ke rumah. Sekarang umurnya menjangkau 72 tahun dan telah bersara selama 16 tahun. Bertuah rasanya kerana menerima kunjungan seorang guru agamaku sendiri.


Lepas tingkatan 5 tu , lama juga saya tak jumpa ustaz ni, maklumlah saya masuk universiti dan bila keluar mengajar di Ipoh dan Sitiawan. Pada tahun 1985 saya balik hometown. Tup...tup...berjumpa semula dengan USTAZ IDRIS mengajar di sekolah yang sama (SMBM). Maknanya dulu saya jadi anak murid beliau tetapi sekarang dah jadi rakan sejawat pula.


Lama juga jadi rakan sejawat tu hampir 10 tahun. Apa lagi ......Ustaz nilah jadi tempat saya mengadu hal .......bila rasa kecewa dengan kerenah kehidupan yang berbagai-bagai. Banyak ilmu yang dikongsikan . Tambahan masa tu saya muda sangat, dada masih banyak kosong lagi.....Memang seronok berkawan dengan beliau, boleh berlawak dan dia sangat suka nyakat saya. Kadang-kadang bilik guru tu rasa kami berdua yang punya, riuh rendah. Banyak lagi yang mungkin dapat diceritakan kemudian nanti....


Rupa-rupanya USTAZ IDRIS nak minta bantuan saya menjadi saksi kepada perjanjian biasiswa puterinya yang memasuki Maktab Perguruan . Susah jugalah orang kampung nak mencari pegawai kerajaan division A yang layak untuk urusan sebegitu. Itu agaknya dia mencari saya.


Alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini dapatlah juga saya berbakti dan membalas jasa guru saya yang tidak dapat saya nilaikan dengan wang ringgit itu.


Apa lagi berborak panjanglah kami anak beranak. Macam-macam nostalgia yang disembangkan. Di samping mengupas isu-isu semasa. Wah! Masih kuat lagi ingatan Ustaz ni. Beliau masih mengajar di sekitar daerahnya. Alhamdulillah.


Syukran Jazilan Ya Ustaz...


2 comments:

  1. Sesungguhnya martabat guru itu memang tinggi. Beruntunglah mereka yang menjadi guru dan sentiasa di dalam doa anak2 muridnya.

    ReplyDelete