Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

KENANGAN MASA KECILKU

Teringat masa bersekolah rendah dulu di tahun 60an. Zaman tu mana ada air paip, jadi kenalah mandi di perigi atau sungai. Yang seksanya mandi pagi nak ke sekolah. Apa tidaknya, nak mandi kena ke perigi yang letaknya kira2 100 kaki daripada rumah. ( perigi mesti digali jarak 100 kaki atau lebih dari rumah supaya air kumbahan daripada dapur dan tandas tidak mencemarkan air perigi).

Inilah kenangannya DIGIGIT KONGKIAK.


Ini ler rupa dan bentuk semut kongkiak ni.. Dia ni keturunan Anai2 ataupun dikenali sebagai Askar berani mati anai2….


Kongkiak lagi besar dari kerengge, memang berbisa dan boleh dijumpai di laman rumah, ditanah perkuburan, bukit, berwarna kemerahan Dia bergerak sama seperti semut, dalam barisan.


Kalau kena GIGIT tu..WAH DUH!!! SANGAT SAKIT.....

APA LAGI MENGANCINGKAN GIGI LER. ITU PETUA ORANG TUA2 SUPAYA GIGITANNYA TIDAKLAH DALAM MENCENGKAM KAKI KITA. APABILA KENA GIGIT KAKI KITA PUN TEKINGKENG LAH...TERLONCAT-LONCAT DENGAN KAKI YANG KENA GIGIT TU KE ATAS. CEPAT2 LAH KITA MEMBUANGKAN SENGATNYA ITU. KALAU KEDUA2 KAKI KENA GIGIT PULA ...MEMANG KES NAYA LER..

Anak kampung ni memang imunitinya kuat yer... bila kena gigi kongkiak itu tidaklah pula perlu ke rumah sakit. Cukup dengan buangkan gigi kongkiak yang terlekat di tapak kaki tu dan osok lebih kurang jer dah baik. Paling2 teruk pun sapu saja dengan minyak angin. Tidaklah pula ponteng sekolah disebabkan di gigit kongkiak itu.



Tak pernah tengok pula orang kena gigit kogkiak bengkak-bengke sampai macam gambar ni pulak.


ITULAH KEHIDUPAN, MASA BERLALU ZAMAN BERUBAH DAN ANAK YANG NAK MANDI PAGI UNTUK KE SEKOLAH TIDAKLAH BERHADAPAN DENGAN KOGKIAK LAGI.

Monday, August 24, 2009

TETAMU YANG TIDAK DISANGKA PADA 3 RAMADHAN


USTAZ IDRIS - KAMPUNG JENALIK.

Jam 5.30 petang, tidak diduga saya menerima seorang tetamu yang sangat istimewa.

USTAZ IDRIS yang pernah mengajar saya Mata pelajaran Agama Islam di tingkatan 4 dan 5 di sekolah GEGS pada tahun 1971 & 1972 dulu bertandang ke rumah. Sekarang umurnya menjangkau 72 tahun dan telah bersara selama 16 tahun. Bertuah rasanya kerana menerima kunjungan seorang guru agamaku sendiri.


Lepas tingkatan 5 tu , lama juga saya tak jumpa ustaz ni, maklumlah saya masuk universiti dan bila keluar mengajar di Ipoh dan Sitiawan. Pada tahun 1985 saya balik hometown. Tup...tup...berjumpa semula dengan USTAZ IDRIS mengajar di sekolah yang sama (SMBM). Maknanya dulu saya jadi anak murid beliau tetapi sekarang dah jadi rakan sejawat pula.


Lama juga jadi rakan sejawat tu hampir 10 tahun. Apa lagi ......Ustaz nilah jadi tempat saya mengadu hal .......bila rasa kecewa dengan kerenah kehidupan yang berbagai-bagai. Banyak ilmu yang dikongsikan . Tambahan masa tu saya muda sangat, dada masih banyak kosong lagi.....Memang seronok berkawan dengan beliau, boleh berlawak dan dia sangat suka nyakat saya. Kadang-kadang bilik guru tu rasa kami berdua yang punya, riuh rendah. Banyak lagi yang mungkin dapat diceritakan kemudian nanti....


Rupa-rupanya USTAZ IDRIS nak minta bantuan saya menjadi saksi kepada perjanjian biasiswa puterinya yang memasuki Maktab Perguruan . Susah jugalah orang kampung nak mencari pegawai kerajaan division A yang layak untuk urusan sebegitu. Itu agaknya dia mencari saya.


Alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini dapatlah juga saya berbakti dan membalas jasa guru saya yang tidak dapat saya nilaikan dengan wang ringgit itu.


Apa lagi berborak panjanglah kami anak beranak. Macam-macam nostalgia yang disembangkan. Di samping mengupas isu-isu semasa. Wah! Masih kuat lagi ingatan Ustaz ni. Beliau masih mengajar di sekitar daerahnya. Alhamdulillah.


Syukran Jazilan Ya Ustaz...