Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA PUASA 21 SEPT 2009 (EIDUL FITRI 1430 H)

Hari Raya Eidul Fitri tahun ini diraikan pada hari Ahad. Seperti tahun2 yang lalu juga saya sangat sibuk sehingga tidak sempat hendak bermain dengan komputer. Ramai betul tetamu yang datang.. Pada malam raya ada majlis BERTAKBIR. Jemaah daripada masjid sampai ke rumah kira2 jam 10.30 malam. Ramai juga yang datang... adalah 35 orang .

Di pagi Shawal pula, selepas bersarapan, kami ramai2 ke Masjid Wahidiah untuk menunaikan sunat Eidul Fitri. Sekembali daripada masjid acara utamanya ialah memohon maaf di antara satu sama lain.

Inilah gambar kami anak beranak memohon maaf di antara satu sama lain di pagi Shawal. Sudah menjadi kebiasaan semua adik beradik akan berkumpul di rumah saya di pagi raya. Berbaris panjang ler menunggu giliran untuk mencium tangan ibunda Hjh Rahmah, Kebiasaannya anak yang lebih tua mengambil giliran dahulu dan diikuti oleh anak2 yang seterusnya bersama2 dengan pasangan masing2. Pada tahun ini abang yang tua tidak dapat balik dan abang yang kedua pula sudah meningggal dunia... membolehkan saya menjadi anak yang paling tua. Ini bermakna saya dan suami mendapat giliran pertama mencium tangan bonda memohon keampunan dan doa restu di pagi raya.
Habis giliran anak menantu, tibalah pula giliran cucu2 pula bersalaman. Acara ini jadi riuh rendah... banyaklah acara selingannya, iaitu usik menyusik di antara masing2. Mana tidaknya terutama yang masih kecil masing2 seronok menerima wang raya daripada pak cik dan makcik semua. Dari malam raya hingga raya ke-4, penghuni tetap di rumah saya adalah seramai 30 - 35 orang. Memang meriah dan riuh rendah. Ianya terdiri daripada 5 generasi ( moyang - opah - emak - anak -cucu - cicit). Satu keluarga besar berkumpul setahun sekali.

Pada hari 24 September, diadakan pula Majlis Tahlil untuk ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah. Majlis diadakan di kalangan ahli keluarga sahaja...Acara dimulakan dengan sholat zohor berjemaah yang diikuti dengan bacaan Yassiin serta tahlil. Semoga roh2 yang telah pergi mendapati lindungan Alllah selamanya.

Hari ini, hari raya ( ke-empat), adik ipar dan anak saudara daripada Pulau Pinang datang berkunjung. Tengahari tadi anak saya dan adik balik ke Kerteh dan KL. Besok anak saudara dari KL pula nak singgah. Saya juga tidak menduga bahawa beberapa orang rakan sedarjah ku semasa di tingkatan 6 dulu datang berhari raya ke rumah pada hari raya ke-3. En Nazri dari Sabah pun datang. Lama betul tidak bertemu beliau (sejak 1974). Rakan2 yang lain tu Zainal, Sabardin, Mohd Edham. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ruamah saya. Ahmad Puad dan Hafizah tidak dapat datang. Memang seronok betul jumpa dengan kawan lama ni. Moga hari raya tahun depan berkesempatan bertemu lagi.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..Mak Ngah Gambar E-may X Byk Pun..Huhuhu..By The Way,Blog Angah Tip Top..Sempoy..Tahniah..

    ReplyDelete
  3. Alahai, memang ada masuk... habis baru belajar buat collage,, tertindih kot. tak pe nanti Angah top up

    ReplyDelete