Wednesday, September 16, 2009

KENANGAN MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH (sambungan)


KENANGAN EMPAT

KERANTUNG

KERANTONG ATAU DI SETENGAH TEMPAT PANGGIL BEDOK.


Lihat keratan batang kayu yang tergantung di luar tingkap tingkat atas masjid (gambar sebelah) Itulah namanya KERANTUNG. Ini bukan kerantung asal masjid ini. Ia merupakan kerantung yang kedua.

Ia diperbuat daripada keratan kayu yang di tebuk satu lubang di tengah2 kayu itu. Fungsi lubang kerantong it, pertama untuk menyimpan kayu pemukul kerantung dan keduanya untuk di kocak kayu pemukul di dalam lubang kayu tersebut lalu mengeluarkan bunyi permulaan. Bunyinya perlahan sahaja.


Lepas itu barulah kayu pemukul itu di pukul pada baluh (badan kerantung). Pukulan di badan kerantung ini bunyinya kua t , boleh dengar satu kampung.

Kira-kira bunyi kerantung lebih kurang begini ler tuk..tuk..tuk..tuk...TUNG...TUNG..TUNG....TUNG....TUNG....


Kerantung ini akan dipalu untuk menandakan :-

1. Masuk waktu sholat.
2. Makluman tentang berlakunya kematian di kampung ini.

Jika berlaku kematian kerantung ini dipalu atau dipukul dengan mengunakan kod-kod yang sedia difahami oleh orang kampung.


Jika si mati itu lelaki dewasa, kerantung di palu sebanyak 7 kali. Jika si mati itu perempuan dewasa, maka paluannya sebanyak 5 kali. Manakala jika yang meninggal itu kanak2, kerantung di ketuk sebanyak 3 kali sahaja. Tidak ada perbezaan pula antara kanak lelaki dengan kanak2 perempuan. Di antara paluan pertama dengan yang kedua dan seterusnya itu ada jarak masa beberapa saat (pause). Ianya dipalu dengan irama yang berbeza ketika menandakan masuk waktu sholat dll.

Apabila kedengaran sahaja paluan kerantung yang menunjukkan irama kematian ini, maka berlari2lah orang terutamanya bebudak (termasuklah aku) ke masjid untuk me

ndapatkan berita siapakah yang telah sampai hukum itu. Sampai hukum tu maknanya meninggal dunia. Selepas itu beritanya tersebar dari mulut ke mulut ler pulak.

Sekarang ini fungsi kerantung telah di telan zaman. Ianya diganti oleh pembesar suara. Jika masuk waktu sholat, muazzin mengalunkan azan menggunakan pembesar suara. Kalau ada kematian pun diumumkan dengan menggunakan pembesar suara juga.

KENAGAN 5
HARI INI 29 RAMDHAN 1430H( 19 SEPT 2009)

ALLAHYARHAM HAJI MOHD LAZIM BIN MAT AROP

Semakin hampir menjelang Shawal..... terkenang daku kepada aruah ayahandaku Allahyarham Tn Hj Mohd Lazim bin Mat Arop. Aruah bapa telah kembali ke rahmatullah pada 24 September 1979. Sedar tak sedar telah 30 tahun beliau meninggalkan kami semua. Malahan Abang aku Ismail Mohd Lazim juga telah mengikuti ayahanda pada Ramadhan 2007 (dah 2 tahun). Kedua2 beranak ini di kebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kanthan, Kajang.

Kedua-dua ayahanda dan kekanda aku ini mempunyai hubungaan yang sangat rapat dengan Masjid EHSANIAH ISKANDARIAH ini.


Kali ini aku cerita hububungan Ayahanda Hj Mohd Lazim bin Mat Arop dengan Masjid EHSANIAH ISKANDARIAH.

Beliau bukanlah anak tempatan. Berkahwin dengan bonda aku (Hjh Rahmah bt Mohd Said) yang merupakan anak jati Kampung Kuala Dal. Ayahanda berasal daripada Kampung Dodol, Dato' Keramat, Perak Road, Pulau Pinang. Berhijrah ke Bukit Chandan pada di zaman remajanya kerana mengikuti nendaku yang berkhidmat di Istana Iskandariah sebagai pemain biola, (kira2 macam Hamzah Dolmat ler tu..... )

Beliau seorang yang sangat rajin berusaha dan gigih. Mempunyai hala tuju yang jelas dalam hidupnya. Di dalam sumbangan baktinya kepada masyarakat juga aku perhatikan sangat2 tinggi. Dalam urusan Masjid Ehsaniah Iskandariah ini juga tidak kurang sumbangan beliau. Antaranya yang masih aku ingat ( mungkin adik2 aku sendiri pun tidak ingat sebab pada masa itu mereka masih kecil lagi) antaranya ialah:-

i) Aruah ayahanda aku telah menggali SEBUAH PERIGI untuk mendapatkan bekalan air bagi masjid ini. (Pada masa itu mana ada paip air lagi). Sangat dalam perigi itu...menggunakan kalau tak silapnya 15 buah kelubung atau gelung ( lebih daripada 30 kaki dalamnya). Bayangkan beliau menyoreknya dengan hanya menggunakan pencebak, kedan, cangkul sahaja. Tanah-tanih yang telah di korek itu terpaksa di tarik dengan tangan ke atas.

Aku melihat beliau dan beberapa orang rakannya menggunakan banyak tenaga untuk menggali perigi ini. Antara yang masih ada ialah Pak Usop Gajah(Tak ingat pula nama rakan2 beliau yang lain tu.. ) Aruah abang aku, aku dan ramai lagi bebudak yang menengok kerja menggali perigi itu pun sama2 membantu menarik tanah yang telah digali ke atas... sampai pecah2 tapak tangan.

Bila bekalan air paip sudah ada di awal tahun 70an , telaga ini terbiar begitu sah
aja dan akhirnya telah di timbus.

ii) Beliau juga membina KOLAH BARU di tepi perigi itu. Kolah ini pun telah di

baik pulih sekarang ini. Asasnya ialah yang telah dibuat oleh ayahandaku. Masa membina kolah ini masih aku ingat lagi...seksanya...kerana perlu mengambil pasir (bahan binaan) daripada Sungai Papan yang letaknya lebih kurang 150 meter daripada masjid itu.

KOLAH YANG MASIH TINGGAL

iii) Aruah ayahanda rajin betul membasuh kain saf yang digunakan sebagai sejadah ketika sholah berjemaah. (Dulu mana ada kemampuan untuk beli karpet). Selalunya sebelum Hari Raya (atau bila kain tu dah kotor sangat), aruah membawa balik beberapa kain putih yang panjang2 ini untuk di basuh. Cara membasuhnya bukanlah mudah. Aruah akan gunakan tin besar untuk masakkan air panas dan kain2 ini di rebus dulu dengan sabun Breeze untuk mengeluarkan kotoran2 degilnya. (mungkin Clorox belum ada lagi kot.... atau aruah tidak mampu membelinya). Kain2 ini di bawa pula ke sungai untuk di basuh. Aku masih ingat lagi bagaimana kami adik beradik bersama2 memerah kain yang besar dan panjang itu dengan cara 2 orang memegang hujung kain dan memintalnya di dalam Sungai Kangsar itu.

Bila sudah dibasuh, perlu dikanjikan pula. Bila sudah kering, tiba pula bab menggosoknya. Pakai pula seterika arang yang ada kepala ayam tu...aduh seksanya. Aruah akan menghantar kain saf yang telah bersih dan di gosok kemas semula ke masjid dan membawa balik yang masih belum di basuh. Proses ini berterusanlah sehingga habis kain saf itu.

ITULAH KENANGAN AKU TERHADAP AYAHANDA, KEKANDA ISMAIL DAN RAKAN2NYA

YANG MASIH JELAS DI HATI AKU.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHAMATNYA DAN SENTIASA MENGALIR PAHALANYA KEPADA AYAHANDA DAN MEREKA YANG TELAH BERBAKTI KEPADA MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH YANG INDAH INI. AMIN..

KENANGAN 6

TOK KI WAHID (TN HAJI ABDUL WAHID BIN HJ DAUD)

Tok Ki ...Itulah pangilan aku kepada Tn Haji Addul Wahid bin Hj Daud, Ketua Kampung Kuala Dal. Beliau juga dikenali dengan nama IMAM WAHID. Lama beliau menjawat Jawataan Ketua Kampung ini. Sejak aku ingat dialah ketua kampungnya sehingga lewat tahun70an. Beliau tidak lagi menjadi Ketua Kampung apabila dapat sakit Pakinson.

Orangnya kecil sahaja, hitam manis, dan penyayang. Itulah ingatan aku kepada Tok ketua ini. Kenangan aku kepadanya menjelma apabila melihat Masjid EHSANIAH ISKANDARIAH itu.

Setiap bulan aku lihat Tok Ki Wahid membersihkan halaman masjid. Aruah merumput dan menyapu daun2 durian yang luruh di sekeliling masjid itu.

Bila menjelang Shawal, aruahlah orangnya yang memasang panjut2 buluh dan tin susu di sekeliling masjid. Usaha aruahlah membuatkan masjid kelihatan bersih, kemas dan cantik. Orang sekarang kata .... keceriaannya terserlah.

Sumbangan Tok Ki Wahid tidak terhenti di situ sahaja. Aruah telah menyerahkan tanahnya di sebelah Masjid EHSANIAH ISKANDARIAH untuk diwakafkan sebagai tapak masjid baru yang lebih besar pada tahun 1976. Ketika kerja tapak untuk masjid baru ini , aku masih ingat pokok2 rambutan kahwin Tok Ki wahid ditebang menyembah bumi satu demi satu. Begitu besar sumbangan beliau kepada kesejahteraan kampung dan ummah.

MASJID YANG BARU DIBINA INI DINAMAKAN SEMPENA NAMA BELIAU, IAITU,

MASJID WAHIDIAH.


YA ALLAH , ENGKAU CUCURILAH RAHMAT MU KE ATAS ROHNYA TOK KI WAHID... AMIN.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka. Kita yang tinggal ni le pulak yang kena meneruskan kerja2 amal seperti mereka buat itu. Betul lah seperti apa yang kita biasa dengar. Yang terus menemani seseorang itu setelah dia meninggal dunia adalah amalan dan sedekah jariah yang pernah dilakukan serta doa anak yang soleh/solehah.

    ReplyDelete