Sunday, June 6, 2010

MELIHAT PENYU BERTELUR

1O Mei 2010, 10 .00 MALAM HINGGA 1.00 PAGI
PANTAI GELIGA (MONICA BAY), KEMAMAN.



Dua puluh tahun lalu saya pernah makan telur penyu.... Telur penyu tidak akan jadi keras seperti telur ayam apabila direbus. Bahagian kuningnya hanya sperti telur separuh masak, manakala bahagian putihnya kekal seperti telur suku masak sahaja. Keadaaan ini menyebabkan ramai tidak lalu makan telur penyu. Rasa telur penyu ni agak berpasir sedikit... taruh kicap okay jer...

Penyu dan telur penyu menjadi binatang yang dilindungi. Banyak spesis penyu yang hampir pupus kini. Jarang kita dapat melihat penyu Belimbing lagi. Kalau ada penyu yang naik bertelur pun sekarang ini, hanyalah penyu Agar.
Saya berasa hairan juga kerana di Pasar Payang masih terdapat telur penyu yang dijual secara terbuka. Sesiapa yang kempunan hendak makan telur penyu masih boleh mendapatkanya dengan harga yang agak mahal.

SAYA SEDANG MENYENTUH PENYU YANG SEDANG BERTELUR


Penyu mencari tempat yang sangat selamat untuk ia bertelur. Gambar di atas menunjukkan penyu itu bertelur di tepi bukit, di bawah sebatang pokok pinang yang tumbang.

Saya dan ahli keluarga sangat bernasib baik kerana berkesempatan melihat keseluruhan proses penyu bertelur ini. Apabila seekor penyu sampai ke pantai ia akan mengambil masa dan memerhati keadaan sekeliling sama ada terdapat gangguan atau tidak. Ketika ini jika ada cahaya lampu, ianya akan berpatah balik ke laut. Keadaan bising tidak mengganggu penyu kerana ia pekak di atas darat.

Penyu itu mengambil masa satu jam untuk mengorek lubang. Agak dalam juga lubang yang di koreknya. Bahagian atas lubang , garis pusatnya lebih besar. Manakala lubang di bahagian bawahnya lebih kecil. Lubang besar digunakan oleh penyu untuk meletakkan dadanya , manakala lubang kecil itu pula menjadi tempat ia bertelur.

Inilah dia telur2 penyu yang baru , saya berpeluang menadah tangan menyambut telur2 penyu tersebut. Satu pengalaman yang sukar didapati.

Kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa penyu itu mengorek lubang besar (bahagian atas lubang), dengan menggunakan tangannya dan perlu masa 1 jam atau lebih. Selepas itu penyu akan mengorek lubang kecil (bahagian bawah lubang) dengan menggunakan kakinya pula. Apabila penyu berpuas hati dengan keselamatanya ia akan bertelur. Jika tidak, penyu akan turun ke laut begitu sahaja.
Hari itu dua ekor penyu telah bertelur. Seekor bertelur sebanyak 104 biji , manakala yang seekor lagi bertelur sebanyak 100 biji. Biasanya penyu bertelur antara 70 hingga 140 biji.
Keseluruhannya penyu mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk naik ke darat, bertelur dan balik semula ke laut.
Dimaklumkan juga, jika penyu bertelur di tepi bukit atau batu, anak yang menetas nanti adalah betina. Jika ianya bertelur di tempat lapang, anak yang menetas adalah jantan. Telur di kawasan lapang mengambil masa lebih kurang 50 hari sahaja untuk menetas, manakala di tepi batu atau hutan , telur penyu perlukan masa yang lebih panjang untuk menetas. Tempoh masa mengeram ini menentukan jantina anak2 penyu tersebut.

Kebetulan pada malam itu, ada sebuah keluarga pelancong daripada Belanda yang datang dengan pakej mahal. Pakej mereka termasuk melepaskan anak penyu Agar (Green Turtle) ke laut. Kami dipelawa untuk "join" sama. Apa lagi dengan muka tak malunya kami pun turut bergambar dengan anak2 penyu dan melepaskannya ke laut.




Inilah anak penyu yang saya namakan sempena nama saya sendiri. Saya mendoakan agar ia selamat dan dapat kembali ke pantai Geliga dan bertelur di situ. Dikatakan setiap 1000 anak penyu yang dilepaskan ke laut, hanya seekor sahaja yang panjang umurnya menjadi dewasa. Banyak penyu mati kerana makan bahan plastik , terutamanya beg plastik. Penyu tertipu dengan beg2 plastik ini kerana menyangka ianya obor-obor sebagai makanannya.
" Upacara sending-off" Penyu Agar turun ke laut selepas bertelur.
Penyu telah sampai ke gigi air.


No comments:

Post a Comment