Wednesday, June 9, 2010

PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH ( 1 )

8 JUN 2010 , JAM 2.00 HINGGA 6 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH
MASJID WAHIDIAH, KAMPUNG KUALA DAL.
PROGRAM : RAKAMAN TV3 UNTUK PROGRAM DARI MASJID KE MASJID.



Apa2 pun sebelum sesuatu perkara berlangsung di kampung atau di masjid kampungku, maka berkumpullah AJK Masjid dan JKKK berbincang. Inilah dia diantara WAJAH2 tunggak pentadbiran di sini.

Team TV 3 telah datang ke Masjid Ihsaniah Iskandariah dalam rangka Program Dari Masjid ke Masjid untuk membuat rakaman dengan aktiviti yang dijalankan di masjid ini.

Setiap hari Selasa (2 minggu sekali) memang ada aktiviti di sini seperti kelas berzanji dll. Kebetulan pula TV 3 datang pada hari tersebut... sempatlah mereka merakamkan aktiviti Nasyid pada hari itu. Saya tidak dapat bersama dengan orang2 kampung setiap kali kelas atau aktiviti diadakan. Kesempatan masa belum mengizinkan... hanya turunlah juga sekali-sekala...

Dari kiri: En Hamzah Said, Pak Amin, Hj Osman Musa ,En zulkifli Alias, En Ahmad Fedtri Yahaya (Pengacara TV3),Hj Anuar Abu Bakar dan Hj Jaffar Yusof bergambar ramai di tingkat atas masjid yang masih dikekalkan sebagai ruang sholat.

Pn Asiah Namat (kiri) dan Pn Norsiah Shaari (wanita tunjang kampung saya) tidak melepaskan peluang mengabadikan gambar mereka dengan En Ahmad Fedtri Yahaya.

Datin Salminah, Hjh Norliah (saya) dan Hjh Sharifatul Khobitah bersama2 mendendangkan nasyid "SENANDUNG FATHIHAH"

Seluruh perkumpulan wanita Kampung Kuala Dal, bersama-sama bernasyid.

Bersungguh-sungguh ahli bernasyid

Kumpulan Wanita Padang Rengas turut sama mengimarahkan masjid ini. TERIMA KASIH.

Saya sekeluarga pun turut bergambar
Pak Amin .. dengan fesyen pakaiannya yang tersendiri. Cukup setia dengan kain pelikatnya. Basikal tuanya sentiasa sedia berkhidmat untuknya . Selain jadi Tok Siak, Pak Amin juga seorang tukang urut.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment