Showing posts with label KEBESARAN ILAHI. Show all posts
Showing posts with label KEBESARAN ILAHI. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

MELIHAT PENYU BERTELUR

1O Mei 2010, 10 .00 MALAM HINGGA 1.00 PAGI
PANTAI GELIGA (MONICA BAY), KEMAMAN.



Dua puluh tahun lalu saya pernah makan telur penyu.... Telur penyu tidak akan jadi keras seperti telur ayam apabila direbus. Bahagian kuningnya hanya sperti telur separuh masak, manakala bahagian putihnya kekal seperti telur suku masak sahaja. Keadaaan ini menyebabkan ramai tidak lalu makan telur penyu. Rasa telur penyu ni agak berpasir sedikit... taruh kicap okay jer...

Penyu dan telur penyu menjadi binatang yang dilindungi. Banyak spesis penyu yang hampir pupus kini. Jarang kita dapat melihat penyu Belimbing lagi. Kalau ada penyu yang naik bertelur pun sekarang ini, hanyalah penyu Agar.
Saya berasa hairan juga kerana di Pasar Payang masih terdapat telur penyu yang dijual secara terbuka. Sesiapa yang kempunan hendak makan telur penyu masih boleh mendapatkanya dengan harga yang agak mahal.

SAYA SEDANG MENYENTUH PENYU YANG SEDANG BERTELUR


Penyu mencari tempat yang sangat selamat untuk ia bertelur. Gambar di atas menunjukkan penyu itu bertelur di tepi bukit, di bawah sebatang pokok pinang yang tumbang.

Saya dan ahli keluarga sangat bernasib baik kerana berkesempatan melihat keseluruhan proses penyu bertelur ini. Apabila seekor penyu sampai ke pantai ia akan mengambil masa dan memerhati keadaan sekeliling sama ada terdapat gangguan atau tidak. Ketika ini jika ada cahaya lampu, ianya akan berpatah balik ke laut. Keadaan bising tidak mengganggu penyu kerana ia pekak di atas darat.

Penyu itu mengambil masa satu jam untuk mengorek lubang. Agak dalam juga lubang yang di koreknya. Bahagian atas lubang , garis pusatnya lebih besar. Manakala lubang di bahagian bawahnya lebih kecil. Lubang besar digunakan oleh penyu untuk meletakkan dadanya , manakala lubang kecil itu pula menjadi tempat ia bertelur.

Inilah dia telur2 penyu yang baru , saya berpeluang menadah tangan menyambut telur2 penyu tersebut. Satu pengalaman yang sukar didapati.

Kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa penyu itu mengorek lubang besar (bahagian atas lubang), dengan menggunakan tangannya dan perlu masa 1 jam atau lebih. Selepas itu penyu akan mengorek lubang kecil (bahagian bawah lubang) dengan menggunakan kakinya pula. Apabila penyu berpuas hati dengan keselamatanya ia akan bertelur. Jika tidak, penyu akan turun ke laut begitu sahaja.
Hari itu dua ekor penyu telah bertelur. Seekor bertelur sebanyak 104 biji , manakala yang seekor lagi bertelur sebanyak 100 biji. Biasanya penyu bertelur antara 70 hingga 140 biji.
Keseluruhannya penyu mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk naik ke darat, bertelur dan balik semula ke laut.
Dimaklumkan juga, jika penyu bertelur di tepi bukit atau batu, anak yang menetas nanti adalah betina. Jika ianya bertelur di tempat lapang, anak yang menetas adalah jantan. Telur di kawasan lapang mengambil masa lebih kurang 50 hari sahaja untuk menetas, manakala di tepi batu atau hutan , telur penyu perlukan masa yang lebih panjang untuk menetas. Tempoh masa mengeram ini menentukan jantina anak2 penyu tersebut.

Kebetulan pada malam itu, ada sebuah keluarga pelancong daripada Belanda yang datang dengan pakej mahal. Pakej mereka termasuk melepaskan anak penyu Agar (Green Turtle) ke laut. Kami dipelawa untuk "join" sama. Apa lagi dengan muka tak malunya kami pun turut bergambar dengan anak2 penyu dan melepaskannya ke laut.




Inilah anak penyu yang saya namakan sempena nama saya sendiri. Saya mendoakan agar ia selamat dan dapat kembali ke pantai Geliga dan bertelur di situ. Dikatakan setiap 1000 anak penyu yang dilepaskan ke laut, hanya seekor sahaja yang panjang umurnya menjadi dewasa. Banyak penyu mati kerana makan bahan plastik , terutamanya beg plastik. Penyu tertipu dengan beg2 plastik ini kerana menyangka ianya obor-obor sebagai makanannya.
" Upacara sending-off" Penyu Agar turun ke laut selepas bertelur.
Penyu telah sampai ke gigi air.


Friday, May 21, 2010

KELIP-KELIP ( KUNANG-KUNANG )


10 MEI 2010 (ISNIN)
8.00 MALAM
SUNGAI YAK YAH, CUKAI, TERENGGANU


KELIP-KELIP ATAU KUNANG-KUNANG (PHOTURIS LUCICRESCENS) DEWASA

PERNAHKAH ANDA MELIHAT KELIP-KELIP ATAU KUNANG-KUNANG?

Saya pernah melihat dan bermain dengan kelip-kelip semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja dulu. Lepas itu telah lama tidak terlihat lagi serangga ini. Hinggalah minggu lalu berkesempatan melihat kelip2 semula. ( HADIAH HARI IBU - TERIMA KASIH ANAKENDA)


Perbezaannya dulu melihat kelip2 seekor dua sahaja yang berterbangan masuk ke dalam rumah di waktu malam. Habis semua adik beradik mengejar dan menangkap kelip2 itu. Tetapi kali ini saya melihatnya sebagai satu koloni yang besar di satu tempat dan berkelip-kelip (blink) seperti lampu neon di atas pokok krismas pula. Saya juga dapati spesis kunang2 di sini jenis yang kecil sahaja ... saiznya hanya sebesar nyamuk .... sedangkan yang kami buru semasa kecil dulu saiznya jauh lebih besar. Rupanya dari spesis yang berbeza... baru faham.

GAMBAR KELIP2 SEPERTI HIASAN LAMPU NEON DI POKOK KRISMAS.

MUNGKIN KERANA PERBUATAN KAMI ADIK BERADIK BEREBUT UNTUK MEMILIKI KELIP2 ITU.... DIMAKLUMKAN OLEH DATUK-NENEK " JANGAN MAIN DENGAN KELIP2 ITU, SEBAB DIA JADI DARIPADA KUKU CINA YANG TELAH MATI" EEIIIK TAKUT JUGA... BOLEH PERCAYA KER? MASA KECIL2 DULU TU PERCAYA JUGA DAN RASA TAKUT... ( ITU CARA ORANG TUA2 MEMBERIKAN PENDIDIKAN)

Terdapat lebih daripada 2000 species kunang2 atau kelip2 di dunia. Kebanyakkanya terdapat di dalam hutan yang basah.

Di Sungai Yak Yah, Cukai ini terdapat 3 jenis pokok, iaitu, pokok Bebaru, Pokok Putat dan pokok Berembang yang menjadi habitat semulajadi kepada kepada kelip2 ini.

Pokok Bebaru di Sungai Yak Yah

Pokok Putat .... pucuknya juga sedap dibuat ulam.


Pokok Putat ni juga ada banyak spesisnya. Ada yang jenis besar dan ada jenis kecil. Pucuk dari spesis kecil lebih sedap untuk dibuat ulam.

Kelip2 ini mengeluarkan cahaya. Cahaya ini dihasilkan oleh "SINAR DINGIN" yang tidak mengandungi infrared. Sembarangan kamera tidak akan dapat merakamkan gambar kelip2 ini.

Sinar kelip2 jantan lebih terang daripada sinar kelip2 betina. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian kelip2 betina untuk tujuan pembiakkan. Dikatakan tempoh hayat kelip2 ini hanyalah 10 hari sahaja.

Menyusuri Sungai Yak Yah dengan menaiki sampan mengambil masa 1 jam perjalanan pergi dan balik. Sungguh menakjubkan dan mendamaikan pemandangan di kiri dan kanan tebing sungai dengan pokok yang di himpuni oleh kelip2. Pokok2 itu berubah wajah menjadi bentuk2 tertentu seperti itik angsa, burung dll. Di dalam hati terrasa cuak juga ... takut dalam sungai ada penghuni yang tidak diingini.... INDAH SUNGGUH CIPTAAN ILAHI.

Negeri Terengganu ini memang kaya dengan tarikan pelancongan alam semulajadinya. Lepas tengok kelip2 , saya menikmati satu lagi tarikan alam semulajdinya.....

Friday, November 27, 2009

PANGGILAN HAJI...PENGEMBARAAN AGUNG (2)

Banjir di Jeddah ragut 77 nyawa

Banjir akibat hujan lebat selama 2 jam dengan ukuran 90 milimeter yang melanda Jeddah dan kawasan sekitarnya menyebabkan 77 orang terbunuh dan 900 mangsa lagi diselamatkan daripada pusaran air banjir, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. Hujan ribut turut melanda Mekah pada 26 Nov 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 2030H, ketika kira-kira 2.5 juta umat Islam bersedia menjalani ibadah wukuf di Arafah.

Antara kawasan y
ang paling teruk terjejas termasuk daerah2 ke timur lebuhraya Jedddah-mekah termasuk Al-muntazahat, Quaizah, Al-Adl, Al-Sulaimaniyah dan Al Jamaa. Dilaporkan kesemua 26 ribu jemaah haji Malaysia selamat kerana berada di dalam hotel dan banjir melanda kawasan rendah. Alhamdulillah....

Banjir di Mekah pada tahun 1941

Kedudukan Kaabah di lembah antara Bukit Safa dan Maruah ....
Mudah menerima limpahan air


Kaabah mengalami banjir besar (tahun tidak diketahui)

Thursday, November 19, 2009

PANGGILAN HAJI...PENGEMBARAAN AGUNG

MUSIM HAJI DATANG LAGI BAGI 1430H.... AKU SANGAT TERUJA INGIN KE SANA LAGI. KALI TERAKHIR AKU KE SANA PADA TAHUN 2001. MUDAH2AN REZEKI KU ADA LAGI UNTUK KE SANA.... TERLALU RINDU MELIHAT KAABAH ( SYIARMU ) DAN BERTEMU DENGAN BAGINDA NABI MUHAMMMAD SAW (WALAUPUN HANYA MAKAMNYA SAHAJA)....YA ALLAH!

DITURUNKAN PENGALAMAN ORANG2 DULU KETIKA MENGERJAKAN HAJI PADA 1953.... RASA SANGAT BERTUAH KITA DI ZAMAN INI DENGAN SEGALA KEMUDAHAN ....

GAMBAR-GAMBAR INI SANGAT SUKAR DIPEROLEHI .....











JEMAAH HAJI YANG DATANG DENGAN KAPAL LAUT ...

KESIAN KHADAM TU...BERATNYA PETI SARAH YANG DIPIKUL. PENGEMBARAAN DENGAN KAPAL TERBANG.....

KELIHATAN ... ROTI ARAB DIJUNJUNG OLEH PENIAGA

SEMPADAN TANAH HARAM .... HANYA MUSLIM SAHAJA BOLEH MASUK


































WUKUF DI ARAFAH

YANG SORANG TU NAMPAK MACAM BUDAK MELAYU....



1953 - COCA-COLA TELAH ADA DI KOTA MEKAH ... JEMAAH MENGHILANGKAN HAUS

MELONTAR JAMRAH JUGA TIDAK BERPUSU-PUSU DAN BEREBUT SEPERTI SEKARANG




TAHUN 1953.... MELAKUKAN TAWAF KELILING KAABAH NAMPAKNYA JAUH LEBIH SENANG
DARIPADA SEKARANG ... JEMAAH HAJI TIDAK RAMAI
.





JEMAAH MEMILIH BINATANG KORBAN DAN DAGING KORBAN DI BAWA DENGAN KALDAI










Saturday, October 17, 2009

LIVING ROOT BRIDGES

Root Bridges of India
In the depths of northeastern India, in one of the wettest places on earth, bridges aren't built -- they're grown.




Grown from the roots of a rubber tree, the Khasis people of Cherapunjee use betel-tree trunks, sliced down the middle and hollowed out, to create "root-guidance systems." When they reach the other side of the river, they're allowed to take root in the soil. Given enough time a sturdy, living bridge is produced.
The root bridges, some of which are over a hundred feet long, take ten to fifteen years to become fully functional, but they're extraordinarily strong. Some can support the weight of 50 or more people at once.

One of the most unique root structures of Cherrapunjee is known as the "Umshiang Double-Decker Root Bridge." It con
sists of two bridges stacked one over the other!




Because the bridges are alive and still growing, they actually gain strength over time, and some of the ancient root bridges used daily by the people of the villages around Cherrapunjee may be well over 500 years old.
But these are not the only bridges built from growing plants. Japan too, has its own form of living bridges.
These are The Vine Bridges of Iya Valley.....

One of Japan's three "hidden" valleys, West Iya is home to the kind of misty gorges, clear rivers, and thatched roofs one imagines in the Japan of centuries ago. To get across the Iya River that runs through the rough valley terrain, bandits, warriors and refugees created a very special - if slightly unsteady - bridge made of vines.
This is a picture from the 1880s of one of the original vine bridges.



First, two Wisteria vines -- one of the strongest vines known -- were grown to extraordinary lengths from either side of the river. Once the vines had reached a sufficient length they were woven together with planking to create a pliable, durable and, most importantly, living piece of botanical engineering.
The bridges had no sides, and a Japanese historical source relates that the original vine bridges were so unstable, those attempting to cross them for the first time would often freeze in place, unable to go any farther.

Three of those vine bridges rem
ain in Iya Valley. While some (though apparently not all) of the bridges have been reinforced with wire and side rails, they are still harrowing to cross. More than 140 feet long, with planks set six to eight inches apart and a drop of four-and-a-half stories down to the water, they are not for acrophobes.
Some people believe the existing vine bridges were first grown in the 12th century, which would make
them some of the oldest known examples of living architecture in the world.


SOURCE: RECEIVED THIS EMAIL FROM LCT , A CLOSE FRIEND OF MINE. IT'S NICE TO SHARE WITH MY FOLLOWERS TOO. VERY IMFORMATIVE.