PERNAHKAH ANDA MELIHAT KELIP-KELIP ATAU KUNANG-KUNANG?
GAMBAR KELIP2 SEPERTI HIASAN LAMPU NEON DI POKOK KRISMAS.
Terdapat lebih daripada 2000 species kunang2 atau kelip2 di dunia. Kebanyakkanya terdapat di dalam hutan yang basah.
Di Sungai Yak Yah, Cukai ini terdapat 3 jenis pokok, iaitu, pokok Bebaru, Pokok Putat dan pokok Berembang yang menjadi habitat semulajadi kepada kepada kelip2 ini.
Pokok Bebaru di Sungai Yak Yah
Pokok Putat ni juga ada banyak spesisnya. Ada yang jenis besar dan ada jenis kecil. Pucuk dari spesis kecil lebih sedap untuk dibuat ulam.
Kelip2 ini mengeluarkan cahaya. Cahaya ini dihasilkan oleh "SINAR DINGIN" yang tidak mengandungi infrared. Sembarangan kamera tidak akan dapat merakamkan gambar kelip2 ini.
Sinar kelip2 jantan lebih terang daripada sinar kelip2 betina. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian kelip2 betina untuk tujuan pembiakkan. Dikatakan tempoh hayat kelip2 ini hanyalah 10 hari sahaja.
Menyusuri Sungai Yak Yah dengan menaiki sampan mengambil masa 1 jam perjalanan pergi dan balik. Sungguh menakjubkan dan mendamaikan pemandangan di kiri dan kanan tebing sungai dengan pokok yang di himpuni oleh kelip2. Pokok2 itu berubah wajah menjadi bentuk2 tertentu seperti itik angsa, burung dll. Di dalam hati terrasa cuak juga ... takut dalam sungai ada penghuni yang tidak diingini.... INDAH SUNGGUH CIPTAAN ILAHI.
Negeri Terengganu ini memang kaya dengan tarikan pelancongan alam semulajadinya. Lepas tengok kelip2 , saya menikmati satu lagi tarikan alam semulajdinya.....
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
ReplyDeleteTHANKS FOR VISITING MY BLOG...
ReplyDelete