Tuesday, February 23, 2010

RENUNGAN

TANDA-TANDA ORANG BERJAYA DAN BAHAGIA


Seseorang yang berjaya dan bahagia dalam hidupnya dapat diketahui menerusi tanda-tanda seperti berikut:-

1. Jika ilmunya semakin banyak maka ia menjadi semakin tawaduk dalam hidup ini.

Ia sedar ilmu bahawa ilmu adalah anugerah Alllah. Dengan anugerah tersebut Alllah mengujinya. Apakah ia mampu bersyukur dan memanafaatkan ilmunya itu dengan sebaik-baiknya, maka Alllah akan meninggikan darjatnya di sisiNya.


2. Bila amalannya semakin banyak, dia semakin hati-hati dalam beramal.
Ia kuatir kalau-kalau kakinya tergelincir kepada dosa, ucapannya terpesong sehingga mencerminkan dirinya sombong. ATAU ucapannya itu akan mengganggu orang lain. Ia selalu mengingat dirinya dan waspada terhadap bahaya yang datang akibat perbuatanya dirinya sendiri.

Ia umpama bagai seekor burung yang selalu berhati-hati. Tiap kali burung itu hinggap di atas pokok, ia akan meniti dari ranting ke ranting lain kerana kuatir dilihat oleh pemburu.

3. Jika usianya semakin bertambah semakin berkurang rasa tamak terhadap dirinya sendiri. Semakin banyak ia memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan di akhirat kelak. Semakin banyak hartanya, dia menjadi semakin dermawan dan bermurah hati pada yang lain.

4. Semakin bertambah kedudukan sosialnya, ia menjadi semakin dekat dengan orang-orang lain. Ia menjadi semakin ramah, rendah hati , pandai menghormati orang yang lebih tua daripadanya serta mengambil hati keluarga besar di sekelilingnya.

Ini semua hanyalah cubaan ... bagi yang berjaya menghadapi cubaan tersebut dengan baik sehingga mereka menemui kebahagiaan. sementara sebahagian besar yang lain gagal menghadapinya sehingga mereka menjalani hidup dengan tidak ada ketenangan jiwa dan penuh sengsara.



1 comment:

  1. salam cikgu.
    kami sekeluarga akan berpindah ke Kuala Kangsar dan saya bercadang memasukkan adik saya ke Clifford.

    Boleh tak terangkan prosedur yang perlu diambil untuk proses ini?

    ReplyDelete