Tuesday, March 2, 2010

LAWATAN SULTAN PERAK D.R. KE KAMPUNG KUALA DAL

NEW LIFE FOR OLD MOSQUES

Begitulah tajuk tulisan di muka surat SM8 dalam STARMAG (Akhbar The STAR) pada hari Ahad 28 Febuari 2010.
oleh seorang Prof yang bernama Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi .
Tulisan tersebut disokong dengan memuatkan gambar Masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kampung Kuala Dal (kampung saya) yang sangat dhaif dan usang serta terbiar begitu sahaja . Dikatakan bahawa hasil khazanah warisan yang unik ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sesiapa yang mempedulikannya.

INILAH KESANNYA APABILA MENULIS SESUATU TANPA MEMBUAT "HOMEWORK" ATAU SIASATAN TERLEBIH DAHULU.
RASANYA TIDAK SUSAH UNTUK MENCARI FAKTA BERKENAAN DENGANNYA.... HANYA MELAYARI LAMAN WEB JABATAN WARISAN NEGARA SAHAJA....

Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara , Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid menafikan sekerasnya catatan dan gambar yang disiarkan oleh akbar THE STAR sangat tidak betul. Kerja-kerja pemuliharaan telah dijalankan sejak 2008 dan siap pada akhir tahun 2009. Malahan majlis penyerahannya telah berlangsung pada 17 Dis 2009, telah saya entrikan dahulu.

KLIK SINI

Ekoran daripada laporan tersebut, maka DYMM SERI PADUKA SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN AZLAN SHAH telah membuat lawatan mengejut ke kampung Kuala Dal, melihat masjid ini.

Penduduk kampung mendapat perkhabaran yang DYMM TUANKU akan melawat MASJID pada kira-kira jam 7.00 malam (Ahad) . TUANKU akan mencemar duli pada hari Isnin 1 MAC 2010 pada jam 10.00 pagi. Sibuk jugalah penduduk kampung membuat persiapan sambutan dalam masa yang begitu singkat.

Sementara itu, Pesurujaya JWN, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina bergegas dari Kuala Lumpur, apabila mendapat berita daripada orang kampung.




DYMM SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH BERGAMBAR RAMAI DI HADAPAN MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH,
DI KAMPUNG KUALA DAL, PADANG RENGAS, PERAK.


LAGI LUAHAN RASA KESAL PENDUDUK
KAMPUNG KUALA DAL.




Petikan dari Utusan Malaysia 3 Mac 2010, Dalam Negeri

Penduduk kesal dakwaan masjid terbiar


Mohd. Anuar Pandak Abu Bakar menunjukkan Masjid Insaniah Iskandariah di Kampung Kuala Dal,Padang Rengas dekat Kuala Kangsar berkeadaan sempurna.


KUALA KANGSAR 2 Mac - Penduduk Kampung Kuala Dal dekat sini kesal dengan dakwaan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Masjid Insaniah Iskandariah, yang kaya dengan nilai sejarah, kini dalam keadaan terbiar.

Pengerusi Masjid Al-Wahidiah,Mohamad Anuar Pandak Abu Bakar, 60, berkata, beliau hairan bagaimana pihak akhbar terbabit boleh menyiarkan gambaran yang salah tentang keadaan sebenar masjid itu.

"Masjid ini telah menjalani proses konservasi pada Disember 2008 dan kerja-kerja itu siap sepenuhnya pada Julai tahun lalu," katanya yang juga iman masjid itu ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, penyerahan rasmi kepada pihak jawatankuasa masjid dibuat pada 17 Disember 2009, manakala penerimaan watikah daripada Tuanku Raja Muda Perak dilakukan pada 6 Januari lalu.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah murka dengan laporan akhbar terbabit yang menyiarkan sebuah rencana melabelkan Masjid Insaniah Iskandariah terbiar dengan menggunakan gambar-gambar lama masjid itu sebelum dilakukan proses pembaikan.

Ketika membuat lawatan mengejut ke masjid tersebut, baginda menitahkan akhbar berkenaan supaya memperbetulkan kenyataan itu kerana ia boleh menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.

Masjid Insaniah Iskandariah adalah Masjid Lama Kampung Kuala Dal yang dibina pada 1936 oleh Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai menunaikan hajat baginda yang bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang anakandanya yang gering sembuh.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini," katanya.

Menurut Mohamad Anuar, Masjid Al-Wahidiah merupakan masjid yang dibina di sebelah Masjid Insaniah Iskandarian untuk digunakan oleh masyarakat setempat bagi menggantikan itu sebelum ia melalui proses konservasi.

Seorang penduduk kampung, Zamin Hassan, 50, berkata, usaha pihak berkuasa 'menghidupkan' semula masjid tersebut berjaya menarik ramai pelancong melihat lebih dekat kesan-kesan peninggalan sejarahnya.

"Kita marah bila ada orang mengatakan masjid ini terbiar kerana kita dapat lihat sendiri ia telah menjadi antara daya tarikan pelancong luar negara selain rakyat tempatan sendiri," katanya.



Posted by Picasa

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Teman selalu berulang alik dari Kuale ke Penang ikut jalan lama, sebab boleh singgah kat rumah pak sedare teman di Padang Asam.

    Teman rase si penulis tu dah tulis lama dah, mungkin dah anto ke STAR tu dah lama, tapi baru ni di terbitkan. Ataupun dulu, suatu ketika dulu ada dia lalu kut itu, dia ternampak masjid tu, dia ambik gambo bebanyak. Dia cadang nak tulis le ketika tu. (Ini kita anggap dia prehatin leee)

    Kemudian entah macam mana, dia terlupa kerane sebuk ke, lale ke, lenge ke... dia baru teringat. Diapun terus tulis.... Ropenya dah banyak berubah.... Teman agak le....

    Temanpun tak bace tulisannya tu. Ce uploadkan, buleh le juga kita kongsi bersama.

    Dalam setaun dua ni bila teman lalu nempuh mesjit tu rase seronok beno..... Dah tak tebio lagi. Minggu lepeh teman lalu kut situ... Cantik

    Dalam tahun 60'an, teman selalu ke situ. Ada rumah kawan teman di situ. Cik gu Hamdan. Apaknya dulu dereba bas Tepen. Dulu rumahnya kene nyemerang jalan kereta api. Teman lame beno tak jumpa dengan cik gu Medan ni. Tah mana dia duduk. Rumah apaknyapun dah tak ada lagi di situ....

    Lepeh pereksa MCE/SPM dulu teman ada buat kursus getah di Bukit Melaka, kat batu 17 tu. Cik gu Medanpun ikut kursus tu.

    Bila teman imbau balik cerita lama, memang lama beno mesjid to tebio. Patut-patut memang dah lama mesjid tu kena baik pulih. Ada teman bincang dengan cik gu Medan dalam taun 80an, tentang mesjid tu. Mase tu mesjid tu dah jadi mesjid tingge je Orang semayangpun tak ada di situ lagi.... dah robek sana robek sini.

    Teman ingatkan itu surau je, rupanya mesjid.

    Teman rasa kita bagile sikit kridit pada yang tulih tu dulu. Silap dia cuma tak semak balik apa yang dia tulih....

    Cuba mike pikio sejak tahun 60'an tingge.... Itu yang teman tau. Sebelum tu entah berapa tahun pulak dah tingge (tak bejage).

    Memang berkat sangat mesjit tu... Dah berapa tahun tak bejagepun masih megah...tak roboh.... Itu berkat ikhlas orang tetua yang muat mesjid tu dulu.

    Mase tu bukan ada crane nak ngangkat kayu balak bebeso tu nak buat tiang. Melah balak tu pulak pake gegaji panjang, surong sentap manual je.... Mawak tiang, gelego, dll ke situ pikui kat bau je. Bukan ada lori. Habis sangat ngangkut pake kobo jee...

    Teman rase mase tu mike ni kekecik lagi. Entah-entah tak beranakpun lagi.

    Yang udah tu udah.... jangan dibangkit-bangkit lagi....
    Kita memeoh je...

    ReplyDelete
  2. ye le yeob, teman memang lalu ikut situ pon kalo nak ke kuale, dari tepen. hehehe, alhamdulillah dah kembali bertenage masjid nie...

    ReplyDelete
  3. ada jaul barang kraf kat sini. Kak yam namanya.

    ReplyDelete