Thursday, February 4, 2010

PANGGILAN ORANG PERAK (SAMBUNGAN)

Bagi orang Perak...(Orang dulu-dulu ler... sekarang ini orang sudah tidak berminat lagi).
Menamakan anak-anak juga mengikut susunan panggilan khusus. Orang dulu-dulu mengabadikan giliran ini bersama nama anak2 mereka. Umum dapat mengetahui si polan itu anak
ke berapa di dalam keluarga tersebut dari pangkal namanya.

Biasanya anak sulung lelaki diberi nama KULOP ATAU LOPE ATAU YEOP.
GELARAN ini digandingkan dengan nama sebenar anak itu.


Biasa kita mendengar nama KULOP LODIN atau LOPE RASHID ATAU YEOP MUHAMMAD.

Adik-adiknya pula akan memanggil abang yang sulung ini dengan YEOP.

Manakala anak perempuan sulung pula di berikan nama YONG. Misalnya YONG RAFIDAH.
Adik2 juga memanggilnya dengan YONG.

Bagi anak kedua pula diberikan nama NGAH . Misalnya NGAH MAT YUNUS atau NGAH TIMAH.

Seterusnya bagi anak yang ketiga namanya digandingkan dengan ALANG.
Misalnya ALANG MAT YASSIN atau ALANG BAAYAH


PANDAK HUSSIN atau ANDAK HALIJAH merupakan anak yang ke-empat.

PANJANG AHMAD atau ANJANG AMINAH pula memberitahu bahawa mereka adalah anak yang ke-lima dalam keluarga.

Seterusnya anak yang ke-enam diberikan nama seperti TEH TAPAP atau TEH SARIPAH. Ada juga menamakan anak mereka dengan nama CIK PUTIH.


Akhir sekali anak paling kecil atau bungsu selalu diberi nama BUSU atau SU dipangkal namanya. Misalnya BUSU JAAFAR atau SU SADARIAH.


Orang sekarang sudah tidak ambil kisah lagi dengan kazanah bahasa dan budaya ini. Sebaliknya lebih selesa dengan nama2 moden. Ada yang namanya begitu panjang yang boleh dikongsi oleh tiga atau empat orang. Akhirnya menyusahkan sahaja bila mengisi borang... sehingga tidak cukup ruang.

No comments:

Post a Comment