Friday, May 20, 2011

PENGASAS MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH (2)

MARHUM KADASALLAH

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Iskandar Shah amat dikenali oleh rakyat jelata sebagai Sultan yang warak dan merupakan Sultan Perak yang ke-30 (1918-1938). Baginda adalah putera Sultan Perak ke-28, iaitu, Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1 (Marhum Rahmatullah, 1887-1916). Ibunda baginda bernama Toh Puan Besar Che' Ngah Manah. Baginda telah diputerakan pada 1876 di Kuala Keboi, Kampar, Perak dan merupakan putera ketiga selepas Raja Abdul Hamid dan Sultan Abdul Jalil.

Paduka Seri Sultan Iskandar Shah mendapat pendidikan awal di Central School, Taiping yang kini dikenali sebagai Sekolah King Edward VII dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Belliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902, baginda berangkat pulang semula ke Negeri Perak. Tiga tahun kemudian, baginda telah memulakan perkhidmatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bandar Taiping. Baginda meneruskan perkhidmatan dalam pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1906 sehinggalah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya polis. Beginda merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan ini.

Dalam tahun 1916, ketika masih berkhidmat di Kuala Lumpur, baginda telah dipanggil berangkat pulang ke Perak kerana dilantik menjadi Raja Bendahara Perak selepas pertabalan kekanda baginda, iaitu, Raja Muda Abdul Jalil sebagai Sultan Perak ke-29.




(sumber: Arkib Negara Malaysia)









No comments:

Post a Comment