Saturday, October 17, 2009

MOTIVASI



Jumaat 9 Oktober 2009
Sessi Motivasi bersama Saudara Shafiq Nazri,

Budak2 sekarang ni sungguh bernasib baik. Di mana2 sahaja peluang ada untuk belajar. Di mana2 sahaja mereka didedahkan dengan motivasi. Sekolah telah merancang beberapa siri program motivasi untuk pelajar terutamanya bagi kelas2 peperiksaan.

Di samping itu ramai juga yang bermurah hati ingin berbakti kepada budak2 sekolah ini. Inilah satu contoh yang baik yang ditunjukkan oleh Saudara Shafiq bin Nazri yang menawarkan dirinya untuk berkongsi pengalamannya. Saudara Shafiq baru sahaja kembali dari USA dan belajar di dalam bidang Mecahnical Engineering. Sekarang ini menunggu untuk membuat Ijazah Lanjutan di UTP. Masa yang terluang tidak disia2kan begitu sahaja. Menabur bakti menjadi amalan hidupnya. Tahun lalu juga beliau menawarkan diri berbakti di sini. Terima kasih banyak yer... Shafiq. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha murni saudara itu.



KEPADA PELAJAR HARGAILAH PELUANG YANG ADA DAN BUKTIKAN DENGAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG NANTI. KEPADA SAUDARA SHAFIQ DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN KEPADA SEMUA PELAJAR TING 5 CSKK SELAMAT MAJU JAYA DALAM SPM NANTI. ...INSYAALLAH

2 comments:

  1. semoga lebih ramai bekas pelajar hadir dan memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk kapada pelajar sekarang.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an begitu hendaknya ....bersyukur dengan peluang yang telah dianugerahkan kepada kita.

    ReplyDelete