Sunday, June 17, 2012

MASA BERLALU TERLAU PANTAS

Sedar tak sedar sudah lebih setahun aku tidak menjeguk blog aku ini. Sudah bersawang rupanya. InsyaAllah akan berkunjung dan menulis lagi. Banyak sangat perkara yang boleh ditulis..masa tidak mengizinkan.

Monday, December 5, 2011

SELAMAT BERPUASA SUNAT TASU'A & ASYURA

PUASA SUNAT
• Dipetik dari Fateh Al-Yamani-KISDAR, Kuala Kangsar – terima kasih.


Orang yang berpuasa itu bergantung pada dirinya sendiri. Puasa yang terbaik ianya disempurnakan.Sekiranya ia berbuka tidak perlu diganti(Imam Syafi’e & Imam Ahmad Bin Hanbal).
Jumhur berpendapat berdasarkan hadith daripada :’Aisyah:Perumpamaan seseorang yang berpuasa sunat seolah-olah seperti seseorang yangmemiliki harta serta mampu untuk bersedekah. Ia mampu untuk member atau tidak.(An- Nasa’i)
Rujukan:
Al-Jadual ’Al-Jami’ah Fi Al-‘Ulum An Nafi’ah(As-syeikh Dr. Jasim Bin Muhammad Bin Mahalhal Al-Yasin bersama dengan pelajar-pelajar cemerlang)
Puasa Sunat terbahagi kepada tiga:
1.Puasa Tahunan seperti Hari Tasu’a & Hari Asyura
2.Puasa Bulanan seperti hari yang ke- 13,14 & 15 setiap bulan (mengikut Taqwim Hijrah).
3.Puasa Mingguan seperti Isnin & Khamis.
Rujukan:
At- Taqrirat As- Sa’idah Fi Al-Masail Al-Mufidah (Qismul ‘Ibadat)
*Kitab ini di tulis & diringkaskan oleh Hasan Bin Ahmad Bin Muhammad Al-Kaf sepanjang pengajjian beliau dengan Al-Allamah Al-Faqeh Al-Muhaqqiq Zain Bin Ibrahim Bin Zain Bin Sumaith serta Ulama’ di Tarem,Hadhramaut,Republic of Yemen.
Jumhur Ulama’ mengatakan disunatkan berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram) & Hari Tasu’a (9 Muharram)
Ibnu ‘Abbas:Hari Asyura pada 9 Muharram.
Daripada ‘Atho’,Daripada Ibnu ‘Abbas.Rasulullah bersabda:Berpuasalah pada 9&10 Muharram dan jangan sesekali menyerupai Yahudi.
Rujukan:
1. Al-Hawi Kabir ( Abu Al-Hasan Al-Mawardi)
2. Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (Abu Zakaria Al-Ansori)
3.Fathul Bari Syarh Sohih Al-Bukhari ( Al-Hafiz Ahmad Ibni Hajar Al-Asqalani)

Puasa Hari Asyura adalah pada 10 Muharram,ketika Rasulullah S.A.W ditanya mengenai puasa ini,Baginda menjawab: ia menghapuskan dosa tahun lalu (mengikut Bulan Islam)
Puasa Hari Tasu’a adalah pada 9 Muharram.Rasulullah S.A.W bersabda: Sekiranya aku hidup pada tahun yang akan datang, aku akan berpuasa pada 9 Muharram.
*kedua-dua hadith ini di rekodkan oleh Imam Muslim.
Rujukan:
Ad Dirasah Al Fiqhiyyah ‘Ala Mazhab Al-Imam As- Syafi’e Fi Al-‘Ibadat Wa Adillatiha ( Fadhilatush Syeikh Khalid Bin Abdullah As-Syaqfah)

Wednesday, September 14, 2011

ULANGTAHUN KEMERDEKAAN

TERIMA KASIH KEPADA CIKGU S.SOPHIAN (CIKGU DI SMK CLIFFORD) YANG MENYEDIAKAN GAMBAR INI.

Friday, May 20, 2011

PENGASAS MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH (2)

MARHUM KADASALLAH

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Iskandar Shah amat dikenali oleh rakyat jelata sebagai Sultan yang warak dan merupakan Sultan Perak yang ke-30 (1918-1938). Baginda adalah putera Sultan Perak ke-28, iaitu, Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1 (Marhum Rahmatullah, 1887-1916). Ibunda baginda bernama Toh Puan Besar Che' Ngah Manah. Baginda telah diputerakan pada 1876 di Kuala Keboi, Kampar, Perak dan merupakan putera ketiga selepas Raja Abdul Hamid dan Sultan Abdul Jalil.

Paduka Seri Sultan Iskandar Shah mendapat pendidikan awal di Central School, Taiping yang kini dikenali sebagai Sekolah King Edward VII dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Belliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902, baginda berangkat pulang semula ke Negeri Perak. Tiga tahun kemudian, baginda telah memulakan perkhidmatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bandar Taiping. Baginda meneruskan perkhidmatan dalam pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1906 sehinggalah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya polis. Beginda merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan ini.

Dalam tahun 1916, ketika masih berkhidmat di Kuala Lumpur, baginda telah dipanggil berangkat pulang ke Perak kerana dilantik menjadi Raja Bendahara Perak selepas pertabalan kekanda baginda, iaitu, Raja Muda Abdul Jalil sebagai Sultan Perak ke-29.




(sumber: Arkib Negara Malaysia)









Tuesday, May 17, 2011

MAJLIS PERASMIAN MASJID IHSANIAH ISKANDARIAH, PADANG RENGAS, PERAK DARUL RIDZUAN. PADA HARI JUMAAT, 2 JAMADILAKHIR 1432H BERSAMAAN DENGAN 6 MEI 2011.



DYMM Sultan Azlan Shah, Dato' Rais Yatim, Dato' Zambri Kadir, Tan Sri Harussani,Prof Datuk Zuraina Majid bergambar sama dengan AJK Masjid.


Latar Belakang


Berdasarkan daripada tulisan yang terpahat di papan perisai perasmian, Majlis Perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah tahun 1356H bersamaan 11 Febuari 1938 dan dirasmikan oleh Paduka Sultan Iskandar Shah. Ianya dibina setelah baginda Sultan Iskandar Shah menunaikan nazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang puteranya sembuh dari gering. Lokasi kampung Kuala Dal menjadi pilihan kerana baginda dan pembesar serta kerabat DiRaja pergi ke Lata Bubu, iaitu, kawasan perkelahan yang terletak di kampung tersebut. Justeru Sultan memberi sumbangan sebanyak 8,000,000 ringgit bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf pemberian seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali. Masjid yang telah siap dibina dinamakan Masjid Ihsaniah Iskandariah.


Keunikan Seni Bina

Bentuk bangunannya sangat ringkas. Seni binanya agak berbeza dengan masjid-masjid lain di Malaysia. Bumbungnya berbentuk limas, sedangkan masjid lain berbumbung meru atau berbumbung panjang atau berkubah. Bumbungnya yang berbentuk limas bungkus yang agak landai di mana dari jauh ia kelihatan seperti bumbung rata. Selain itu, keunikan masjid ini juga dapat dilihat pada reka bentuknya yang berupa segi empat bujur (bujur sangkar) dan menurut orang kampung ketika itu ia kelihatan seperti "Sangkar Burung".


Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan yu dan pucuk kacang. Pada kepala tingkap diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. jumlah tingkap yang banyak menjadikan bahagian dalaman masjid sangat cerah, nyaman dan selesa. setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dinding.


KELARAI BULUH


Keseluruhan dinding Masjid Ihsaniah Iskandariah ini merupakan anyaman kelarai yang diperbuat daripada buluh atau juga dikenali sebagai tepas. Kelarai merupakan ciri khusus seni bina bagi rumah tradisional Melayu Perak. Motif kelarai bagi masjid ini dikenali sebagai 'kelarai bunga potong berlian' dan ia diwarnakan mengikut warna bendera Negeri Perak Darul ridzuan sama seperti warna Istana Kenangan.


Buluh jenis Buluh Minyak adalah merupakan buluh tebal yang tidak sesuai untuk membuat lemang. Hanya pokok buluh yang cukup matang dan lurus ditebang untuk anyaman kelarai. Batang buluh yang telah ditebang, diikat bersama-sama untuk ditanam di dalam lumpur bagi tempoh kira-kira 6 bulan. ia bertujuan untuk mengawit buluh tersebut dan pada masa yang sama untuk menjadikannya lembut dan mudah dilentur. Maka itu, tidak hairanlah dinding tepas masjid ini masih dalam keadaan baik walaupun telah lama terbiar usang. Setelah itu, buluh akan dibelah untuk menjadi bilah anggaran setengah inci lebar untuk dianyam. Keindahan utama anyaman tepas ini terletak pada jenis corak dan kekemasan anyaman yang dihasilkan oleh sesaorang tukang anyam.



Penggunaan buluh pada bangunan menimbulkan suasana yang sangat alami. Anyaman buluh ini menjadikan ruangan dalaman lebih nyaman kerana ia membebaskan haba panas melalui ruang antara jaringan anyaman. Secara semula jadinya, kelarai buluh ini menjadikan peredaran udara dalam bangunan lebih baik dan segar.


UKIRAN KAYU


Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dihiasi dengan ukiran kerawang yang terdapat pada ambang atau kepala tingkap labuh di tingkat atas dan kepala tingkap gantung di tingkat bawah. Pemidang (panel) ukiran kerawang ini dihiasi ukiran tebuk terus tidak bersilat bermotifkan pucuk kacang, bulan sabit serta bintang. Ukiran sulur bayur ini dibentuk separuh bulat seperti matahari terbit sebagai lambang kesegaran dan kemakmuran. Selain kayu kekisi, cucuran bumbung dan panel kemasan papan cantik atau tutup kasau juga berukir dengan pola daun kacang yang menarik. Jenis kayu untuk kerawang adalah dari jenis Kayu Meranti.






Saturday, January 22, 2011

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN 2

LAWATAN PENGANTARABANGSAAN KE THAILAND
21 - 24 DISEMBER 2010

AHLI ROMBONGAN SERAMAI 70 ORANG MELAWAT SEKOLAH
KE-2, SEKOLAH AGAMA TAMSUKSA MULTINI SCHOOL (MAHIDOL SCH)



KEADAAN SEKOLAH INI SERBA KEKURANGAN SAMA SEPERTI SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI MALAYSIA JUGA. PERJALANANNYA BANYAK BERGANTUNG KEPADA BANTUAN AWAM.

RAKYAT MALAYSIA JUGA TURUT MEMBERIKAN DERMA UNTUK KELANGSUNGAN SEKOLAH INI. DISAMPING ITU KERAJAAN KUWAIT JUGA TURUT MENYUMBANGKAN SEBUAH BANGUNAN YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN.
Posted by Picasa