Tuesday, February 23, 2010

RENUNGAN

TANDA-TANDA ORANG BERJAYA DAN BAHAGIA


Seseorang yang berjaya dan bahagia dalam hidupnya dapat diketahui menerusi tanda-tanda seperti berikut:-

1. Jika ilmunya semakin banyak maka ia menjadi semakin tawaduk dalam hidup ini.

Ia sedar ilmu bahawa ilmu adalah anugerah Alllah. Dengan anugerah tersebut Alllah mengujinya. Apakah ia mampu bersyukur dan memanafaatkan ilmunya itu dengan sebaik-baiknya, maka Alllah akan meninggikan darjatnya di sisiNya.


2. Bila amalannya semakin banyak, dia semakin hati-hati dalam beramal.
Ia kuatir kalau-kalau kakinya tergelincir kepada dosa, ucapannya terpesong sehingga mencerminkan dirinya sombong. ATAU ucapannya itu akan mengganggu orang lain. Ia selalu mengingat dirinya dan waspada terhadap bahaya yang datang akibat perbuatanya dirinya sendiri.

Ia umpama bagai seekor burung yang selalu berhati-hati. Tiap kali burung itu hinggap di atas pokok, ia akan meniti dari ranting ke ranting lain kerana kuatir dilihat oleh pemburu.

3. Jika usianya semakin bertambah semakin berkurang rasa tamak terhadap dirinya sendiri. Semakin banyak ia memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan di akhirat kelak. Semakin banyak hartanya, dia menjadi semakin dermawan dan bermurah hati pada yang lain.

4. Semakin bertambah kedudukan sosialnya, ia menjadi semakin dekat dengan orang-orang lain. Ia menjadi semakin ramah, rendah hati , pandai menghormati orang yang lebih tua daripadanya serta mengambil hati keluarga besar di sekelilingnya.

Ini semua hanyalah cubaan ... bagi yang berjaya menghadapi cubaan tersebut dengan baik sehingga mereka menemui kebahagiaan. sementara sebahagian besar yang lain gagal menghadapinya sehingga mereka menjalani hidup dengan tidak ada ketenangan jiwa dan penuh sengsara.



Friday, February 19, 2010

TAMAN ORKID

Ini adalah diantara himpunan bunga-bunga orkid di TAMAN BUNGA ORKID saya.
Kesemuanya ada lebih 100 pokok. Seronok hampir satu per empatnya berbunya.

Sudah lama saya tidak ada masa terluang untuk bermanja dengan bunga-bungaan ini. Baru-baru ini dapat turun ke taman. Pokok masih segar dan banyak yang berbunga.















Posted by Picasa

Monday, February 15, 2010

PERTUNANGAN

MAJLIS PERTUNANGAN MAS INDAH ISMAIL DENGAN FARAH
KAMPUNG CHANGKAT CERMIN, AIR TAWAR
PERAK.

Anak saudara saya, MAS INDAH (anak aruah abang saya yang telah meninggal 2 tahun lepas) melangsungkan pertunangannya dengan FARAH hari ini 15 Feb,2010. Ramailah berkumpul di rumah saya untuk ke Majlis tersebut. Maklumlah di usia begini kita sudah perlu menjadi orang tua pula, menjalankan tugas2 adat untuk keluarga sendiri.

Majlis bertunang bagi orang Perak tidak perlu membawa hadiah atau persalinan. Pihak lelaki hanya perlu membawa tepak sireh, cincin pertunangan dan di sertai dengan manisan dan kuih-kiuh tradisi. Bilangan dulang biasanya ganjil. Selalunya 5,7,9 atau 11 dari pihak lelaki. Bilangan bekas ini tidak dihadkan , terpulanglah kepada keluarga masing2 dan persetujuan bersama.

Pihak perempuan pula membalasnya lebih daripada apa yang dibawa oleh pihak lelaki. Jika pihak lelaki membawa 7 bekas, maka akan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak perempuan.

Selalunya hantaran seperti persalinan pakaian dan alat solek dibawa semasa Majlis Kahwin atau langsungnya nanti.




Inilah dia penghulu MAJLIS, iaitu SIREH JUNJUNG. Orang di sebelah selatan seperti Selangor, Negeri Sembilan dll menggunakan sireh junjung . Negeri Perak pula menggunakan TEPAK SIREH BALDU BERTEKAT BENANG EMAS.


Cincin merupakan perkara yang wajib ada semasa majlis pertunangan. Kali ini dibawa 2 bentuk cincin, iaitu cincin risik atau cincin tanya bersama2 dengan cincin pertunangan. Kedua-duanya CINCIN BELAH ROTAN . Cincin belah rotan hanya emas sahaja tanpa batu permata. Orang tua-tua lebih suka kepada cincin belah rotan di bandingkan dengan orang sekarang yang lebih berminat dengan cincin permata berlian.


Diantara buah tangan yang dibawa oleh pihak lelaki... KEK PERTEMUAN... namanya yang dibuat sendiri oleh kakak kepada anak teruna. Pandai MAS AYU membuat kek orang Sarawak yer....

Ini pula jurucakap bagi pihak lelaki, Tn Hj Osman Musa, bersama abang Harman.


Kelihatan bapa anak gadis sedang memberikan tumpuan terhadap apa yang dirundingkan oleh jurucakap (berbaju hitam ) yang sedang memegang tepak sireh. Orang Perak menggunakan tepak sireh bertekat benang emas bagi upacara meminang dan bertunang.

Pihak lelaki pula membawa sireh junjung. Mengikut orang Selangor (ibu anak teruna orang Kajang).



Kakak ipar saya Pn Nyarose Abu Samah menyarungkan cincin belah rotan (cincin pertunangan) ke jari manis kanan Farah (bakal menantu) di atas pelamin.





Tengok tu.... comelnya cucu saudara saya...namanya Mohd Danish Haikal...(anak Mas Ayu)




Thursday, February 4, 2010

PANGGILAN ORANG PERAK (SAMBUNGAN)

Bagi orang Perak...(Orang dulu-dulu ler... sekarang ini orang sudah tidak berminat lagi).
Menamakan anak-anak juga mengikut susunan panggilan khusus. Orang dulu-dulu mengabadikan giliran ini bersama nama anak2 mereka. Umum dapat mengetahui si polan itu anak
ke berapa di dalam keluarga tersebut dari pangkal namanya.

Biasanya anak sulung lelaki diberi nama KULOP ATAU LOPE ATAU YEOP.
GELARAN ini digandingkan dengan nama sebenar anak itu.


Biasa kita mendengar nama KULOP LODIN atau LOPE RASHID ATAU YEOP MUHAMMAD.

Adik-adiknya pula akan memanggil abang yang sulung ini dengan YEOP.

Manakala anak perempuan sulung pula di berikan nama YONG. Misalnya YONG RAFIDAH.
Adik2 juga memanggilnya dengan YONG.

Bagi anak kedua pula diberikan nama NGAH . Misalnya NGAH MAT YUNUS atau NGAH TIMAH.

Seterusnya bagi anak yang ketiga namanya digandingkan dengan ALANG.
Misalnya ALANG MAT YASSIN atau ALANG BAAYAH


PANDAK HUSSIN atau ANDAK HALIJAH merupakan anak yang ke-empat.

PANJANG AHMAD atau ANJANG AMINAH pula memberitahu bahawa mereka adalah anak yang ke-lima dalam keluarga.

Seterusnya anak yang ke-enam diberikan nama seperti TEH TAPAP atau TEH SARIPAH. Ada juga menamakan anak mereka dengan nama CIK PUTIH.


Akhir sekali anak paling kecil atau bungsu selalu diberi nama BUSU atau SU dipangkal namanya. Misalnya BUSU JAAFAR atau SU SADARIAH.


Orang sekarang sudah tidak ambil kisah lagi dengan kazanah bahasa dan budaya ini. Sebaliknya lebih selesa dengan nama2 moden. Ada yang namanya begitu panjang yang boleh dikongsi oleh tiga atau empat orang. Akhirnya menyusahkan sahaja bila mengisi borang... sehingga tidak cukup ruang.